Monday, January 31, 2011

:: Isu MC: Jangan cepat salahkan doktor ::

Tertarik dengan artikel ini...Source : Malaysiakini
Isu MC: Jangan cepat salahkan doktor
Sulaiman AkhlakanJan 29, 112:21pm

Sebagai seorang pegawai perubatan senior yang telah lama berkhidmat dalam perkhidmatan kesihatan di Malaysia, saya terpanggil untuk memberikan komen terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia Online bertarikh 27 Januari 2011.
Laporan yang bertajuk "Kesal klinik keluar sijil cuti sakit" mempertikaikan sijil cuti sakit yang telah dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan berdaftar di Pusat Perubatan Keluarga, Jalan Segamat dan Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat.Kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin, yang melahirkan rasa curiga dengan tindak tanduk klinik kerajaan terbabit, dan menyatakan seolah-olah terdapat 'isu dalaman' dalam pengeluaran sijil cuti sakit berkenaan, adalah merupakan kenyataan yang kurang profesional dan kurang teliti, juga boleh menyinggung perasaan, sensitiviti, dan kredibiliti golongan profesional kementeriannya sendiri.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu teliti dan prihatin dengan apa yang berlaku di kementeriannya dan seluruh anggota KKM perlulah dianggap sebagai keluarga kerana mereka semua bertungkus-lumus siang dan malam berbakti kepada masyarakat yang secara tidak langsung akan mengharumkan nama KKM juga. Inilah roh profesionalisme yang seharusnya wujud di dalam sesebuah institusi kerajaan!
Seorang yang bertaraf menteri sewajarnya menyiasat terlebih dahulu sesuatu isu yang berlaku sebelum memberikan komen atau teguran secara terbuka, dan bukannya merendah atau mempertikaikan keupayaan kakitangannya dikhalayak ramai secara melulu.Saya menyatakan demikian berdasarkan penelitian beberapa faktor berikut:
Sijil cuti sakit (MC) yang di keluarkan bermula 6 - 7/1/2011 dan disambung pada 10 - 23/1/2011 adalah sebelum pengumuman calon di PRK Tenang. Pengumuman calon hanya berlaku pada 16/1/2011.
Ini bermakna tidak munasabah seorang pegawai perubatan boleh mengetahui seawal 10/1/2011 bahawa En Maarof bin Mutalib akan terlibat dengan kempen pilihanraya kecil kerana isterinya terpilih sebagai calon. Umum mengetahui hatta seorang ahli politik sendiripun tidak tahu siapa calon pilihanraya kecil sebelum diisytihar pemimpin tertinggi parti.
Sebagai seorang pengamal perubatan berdaftar, kami amat maklum tentang pekeliling Ketua Pengarah KKM mengenai pemberian sijil cuti sakit. Sijil cuti sakit yang diberikan adalah berdasarkan diagnosis yang dibuat, setelah melakukan penyiasatan sejarah pesakit dan pemeriksaan fizikal, mental, dan spiritual yang dirasakan perlu.
Mempersoalkan sijil cuti sakit yang diberikan adalah perkara yang serius yang mempertikaikan kredibiliti dan integriti seseorang pengamal perubatan terbabit, yang perlu dibuktikan dengan bukti dan alasan yang kukuh.
Sijil cuti sakit merupakan dokumen sulit yang tidak seharusnya didedahkan kepada umum. Perbuatan mendedahkan dokumen seperti itu kepada umum merupakan suatu kesalahan.
Perkara ini telah mencabul kehormatan etika kerahsiaan hubungan diantara pesakit dan pengamal perubatan. Mereka sepatutnya boleh diambil tindakan. Persoalannya, bagaimana sijil cuti sakit yang diserahkan kepada seorang pengetua sekolah boleh berada dalam blog?
Apakah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri tidak curiga dengan profesionalisme kakitangan kementeriannya yang mendedahkan penyakit pekerja kepada umum?
Ini adalah sekali lagi pencabulan terhadap hak seseorang individu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Dalam hal ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia perlu bijak dalam mencari punca dan menyelesaikan masalah. Bukan menambahkan lagi kusut persoalan tetapi akhirnya memalukan pihak kementerian sendiri. Oleh itu, saya sangat berharap agar perkara seperti ini harus diselesaikan dengan penuh profesionalisme dan tanggungjawab agar memastikan keutuhan kredibiliti dan integriti kakitangan kesihatan dan perubatan tidak tergugat. Kementerian Kesihatan Malaysia seharusnya sedar bahawa mereka yang menimbulkan isu ini sedang bermain isu politik pada sebuah pilihanraya kecil, maka isu yang tiada kaitan politik seperti ini juga turut dipolitikkan. Tidak sepatutnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia juga tiba-tiba terseret oleh politik murahan hasil dari tulisan di sebuah blog yang tidak diketahui siapa penulisnya, yang hanya inginkan publisiti semata-mata. Akhir sekali, arahan pemindahan seseorang kakitangan kerajaan secara serta merta yang dilakukan oleh majikan dengan alasan berlainan fahaman politik adalah amat dikesalkan dan mencemarkan sistem demokrasi Malaysia di kaca mata dunia, dan bercanggah sama sekali dengan motto Perdana Menteri Malaysia 1Malaysia - "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Pendapat aku secara umumnya....Ada ramai nak jadi juara dalam isu ni..tayah jauh..org2 sekeliling yg mula mempertikaikan isu MC ni pun aku rasa mcm org bodoh...diorg ni sume nak org bekerja bagai nak mati dulu baru MC dianggap SAH kot?? Apa pun malang bagi yg menyalahgunakan MC ni la..tp pada yg betul2 di diagnose dan layak diberi MC sila hormati dan respek sikit ...nanti doktor2 dah tak nak rawat kite kang sapa yg susah?? :D Aku rasa aku perlu amek MEDIC course pulak lah...berenti keje bukak spital...baru kewl!!

Sunday, January 30, 2011

:: Yes i am talking to u!! ::

Boleh tak kalau nko buat salah nko ngaku/ admit salah nko?? ni tidak...dah la berpura2 cam tade apa2...pehtu kantoi...seriyes mcm org bodoh aku tengok!!!
...sebelum aku maki hamun lebih teruk baik aku diam...Sekian...

Saturday, January 29, 2011

:: Ish ish tak patotttt ::

Terbace news di sini http://amkns.blogspot.com/2011/01/makin-ramailah-rakyat-doakan-wakil.html ...Ish malas la nak komen...nkorang pk la sendiri patot ke tak patot.... tuttt tuutttt tuuuttt...

Friday, January 28, 2011

:: Syahdu ::

Puas sudah aku amati gambar ni...hanya satu rasa ... Syahdu..
Pic credit to : FB TGNA

:: Mata salah?? ::


Mata aku yg salah ke iklan yg aku bace ni salah?? Tadi aku baru bace newspaper setelah dah berhari2 ni aku tak dpt membace paper dengan begitu feel skali. Come across dlm satu section dlm metro tu..iklan dia cam ni " Nikmatilah Tawaran Kemerduan di musim perayaan ini"..Okeh serius aku tak paham...iklan tu iklan electrical / home appliance...dahtu apa yg merdunye?? nko bli kipas..kipas nko leh nyanyi?? sore merdu?? bli mesin basuh..leh betukar menjadi radio?? erk...serius aku pening dok pk dari tadi ni....ok babai

Thursday, January 27, 2011

:: Lagu rakyat ::

Berapa ramai di antara kita ni sedar dan tau mengenai lagu2 rakyat?? Maknanya lagu2 loghat negeri ...Aku ni bleh di katakan peminat lagu2 rakyat jugak tp tengok lagu hehehehe...Tapi bagus juga sebenarnya kalau kita tau sebab lagu rakyat ni kebanyakkan liriknya berbentuk nasihat dan tak mengarut mcm lagu2 skarang yg bijik butir sebutan pun aku tak paham....Tak caya buat orang2 Pahang macam aku kan..cube nkorang dengar lagu Roslan Madun-menghilir ke sungai pahang tu...sure feel cam nko tengah berakit kat sungai pahang...kewl...Lepas tu tadi baru jap aku dengar lagu Razak Ahmad-mudik meminang...lirik penuh makna dan nasihat untuk mengharungi alam rumahtangga....:)....Owh cube juga dengar lagu Roslan Madun-Lemak Manis...syok jugak....walopon lagu mengurat tp penuh sopan gayanya hehehe...sapa2 yg nak dengar lagu2 negeri sila berkunjung ke link "i follow" aku tu...Selamat mendengar!

Wednesday, January 26, 2011

:: 10 tabiat rosakkan otak ::

1. Tidak mengambil sarapan pagi

■Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. hurm yg ni aku tak leh nak komen lebeh...semenjak aku bf ni kena mkn banyak dan ikut waktu (ehem2 alasan!!) so pagi mmg kene brekfes..tak leh miss nanti production susu berkurangan....:)


2. Terlebih makan

■Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
owh harap2nya tak de la sampai terlebih mkn...

3. Perokok

■Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’. Not applicable.Alhamdulillah kebanyakkan orang2 sekeliling yg terdekat adelah tidak merokok


4. Penggunaan gula yang berlebihan

■Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. Owh eh?? tp umah aku mmg tak leh tade gule...tp itu tak bermakna kena amek gule berlebihan....

5. Pencemaran udara

■Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. Hoh ni nak salahkan sapa ni?? nowadays mmg tak leh pecaya sangat dah bersosial di luar...bukan apa tak kena gaya ade yg sedut asap je :D


6. Terlebih tidur

■Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. Terngat aritu aku tengok rancangan "Mata ke hati " prof dr muhaya panggil Datuk Aziz Satar jadi tetamu. masa prof tu tanye apa rahsia awet muda beliau ngan nampak begitu sihat seadanya...beliau jawap " Saya tak amalkan tidur siang/t.hari dari umur 13". Correct me if im wrong....


7. Menutup muka ketika tidur

■Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. Ni nak kene train si Auf..suke ati je kalau tdo tu nak tutup muka...silau agaknyerrr


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

■Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. Owh ni berlaku kat aku hari ni....nak p klinik tak larat so dok je la buat keje kat ofis...patut ah rasa pening...otak menunjukkan signal "sila berehat" rupanya...


9. Kurang berimiginasi

■Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun. Pikir sokmo!!

10. Jarang berfikir

■Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.Baiklah!!


source : facebook

:: Kenangan itu sangat berharga ::

Puas aku dok telek gambar ni...sikit pun tade persamaan ngan Aisy dan Auf kan?? ..
Date taken : 6 October 1981..aii baru stahun uowlsss...

Sunday, January 16, 2011

:: Saladin (Salah Al-Din Yusof Ibn Ayyub) ::

Nkorang pernah tengok ceta ni tak?? Smalam aku baru tengok kat TV1. Ingat lagi masa jaga prepaid registration dulu (budak2 yg buat animation ni bukak booth dan boleh transform muke kite jadi katon...) mmg cantek...ade satu key chain saladin ni aku beli (masa tu diorg tak aired lagi ..diorg buat untuk pasaran Arab.. ) bila aku bukak kat youtube ceta ni dah main kat Astro rupenye...Tapi aku lagi suke version English kot (TV1) sebab intonasi suara lagi menarik .. bla alih bahasa mcm tengok ceta doremon je ehehehhe..well kat youtube pun ade shared dah sila tonton..memang best dan menghiburkan...:) Good job malaysian!! Tapi .. berpuluh2 nama kat credits tu aku rasa 3 of them sahaja malay yg lain semua chinese.... well..haf to think about it...Credit pic to google
Korang kenai dop Salahuddin Yusof Ibn Ayyub ni?Malas aku nak ceta panjang..sila study kat sini : http://www.zilhan.com/kenalkah-kita-pada-saladin-salahuddin-al-ayyubi/
-Peace no war-

Wednesday, January 12, 2011

:: Wiken di kedai abang ::

Dah lama aku survey menda alah ni..nyaris nak order kat Caska dah (so far yg aku tau Caska je ade plug n play for model kete aku)....nasib baik aku tak gelojoh sangat.. berkat nasihat En Ann soh aku tengok dlu kat kedai abang sebelum membuat keputusan bodoh menerbangkan wang tunai ke kedai yang salah..aii folow je...dah berpuluh kedai semua tade yg plug n play ...kebanyakkannya semua nak kene pasang casing dan ambik universal model which diorg kene potong wayar / buat wiring bla bla (tanak amek tau)...so memikirkan efek di kemudian hari baik bersabar...Memula dtg sini nak survey je...tp ble tengok reger die tak melepasi bajek Caska...so aku gerab=grab je...Eh mmg gile eh pegi kedai abang paling senior ni hehehe (PJ)..mcm2 gadget kete ade...apa je u name it!!ade 2 -3 benda lagi nak bagi kat "Mimot" tp nanti lah...tak bleh abaikan si "Anot" juga...gadget kat kedai abg mmg macam2...dari boleh tengok tv dm kete (ke aku je yg baru tau ni??) sampai ke boleh tgk astro dlm kete...phewww!! ..tp ana suzana dah buat..u owls kena tanye die lah pasal tu hehehe...Ana pakai byond bleh eh??
Uncle yg baik hati...nko ckp je pasal kete semua die tau...nampak cam so so je tp terer gile ye!!!
Yehuuuuu...
All function lebih kurang Casca juga xcept IPAS (auto parking).Lain2 like parking assistant (reverse camera), bluetooth (ble on bluetooth bleh terus jawap call melalui bendalah ni), GPS, DVD Full touch screen, Radio, IPod,USB bla2...(mengantuk mode)
c..keluarkan yg lama..masokan yg baru..
ni kete Aisy...
Ni pun kete Aisy..
Cool Arts...
Ok sanggup amek kerusi sebab nak tengok dalam..kesian..
Tapi..kete warna pink kete pompuan kan??
Ni pun kete die...mcmkan ade share??

:: Makan Mode ::

Speeches > bak kata FBI masa dlm anugerah juara lagu aritu hehehe..Aku lupe exactly nama kedai ni...Mak Mah Nasik Dagang/ Mak Jah nasik dagang..dekat area Tuan Faridah tu...
Nasik dagang masih belum menepati piawaian aku...tp not bad
TEMOSE die mmg best gile!!!

Monday, January 10, 2011

:: Handbook 2011 ::

HEALTH:
01. Drink plenty of water.
02. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
03. Live with the 3 E's--Energy, Enthusiasm and Empathy.
04. Make time to pray.
05. Play more games.
06. Read more books than you did in 2010.
07. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
08. Sleep for 7 hours.
09. Take a 10-30 minutes walk daily. And while you walk, smile.

PERSONALITY:
10. Don't over do. Keep your limits.
11. Don't take yourself so seriously. No one else does.
12. Dream more while you are awake.
13. Envy is a waste of time. You already have all you need.
14. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
15. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
16. Make peace with your past so it won't spoil the present.
17. No one is in charge of your happiness except you.
18. Smile and laugh more.
19. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

SOCIETY:
20. Call your family often.
21. Each day give something good to others.
22. Forgive everyone for
everything.
23. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
24. Try to make at least three people smile each day.
25. What other people think of you is none of your business.

LIFE:
26. Do the right thing!
27. GOD heals everything.
28. However good or bad a situation is, it will change.
29. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
30. The best is yet to come..
31. When awake in the morning, thank GOD for it.
32. Your Inner most is always happy. So, be happy.

* Credit to rakan yg fwd to my email this morning!! Happy working...

Sunday, January 9, 2011

:: Huh?? ::

Ni semua keje abg saya!! Tulunnnnnnnnnnnnnnnnn

:: Di sebalik AJL ke 25 ::

Situasi : depan tv, jam 9.05 minit malam...

Aisy : Papa...kenapa org dalam tv tu asyik panggil nama papa??
Papa : ...... (speechless) hahahaha

Tuesday, January 4, 2011

:: Ron 97 prices up! ::

Oh jangan risau....rakyat didahulukan yer... great!! esok harga minyak ron97 naik sposen lagi...menjadikan harga terkini adalah RM2.40. Selamat isi minyak banyak2 mlm ini. (Atleast dah isi penuh smalam tak brapa ralat sangat kot?) Eh aku rasa kan list barang2 yg naik semakin panjang...hurm.....Sila rujuk di sini http://www.malaysiakini.com/news/152430

Monday, January 3, 2011

:: Main masak masak ::

Papa : Tadi kat skola Aisy buat apa?
Aisy : Aisy main dengan Alia
Papa : Aisy main apa?
Aisy : Aisy main masak-masak2
Papa : Huh?? masak2 tu utk orang perempuan je lah..
Aisy : Tak la papa...kat kedai tu org laki pun masak ?? (nampak sangat asik tapau kat kedai tomyam hahaha)
Papa : erk???

:: Siapa punye ::

Ni aku konfius ni..menan ni sapa yg punye....:D
Sama naik..prasan tak?? habit terbaru Auf...suke tarik baju kasi efek seksi gitu..(hampeh)
Suka sangat tengok muke die kat cermin..:)

:: Menu perut ::

2 hari dok mkn tak tentu je (cewah)....makanya arini aku berbesar hati nak masak untuk seisi keluarga..walopon pada mulanya aku rasa aku nak masak sadin je pasal masak tu paling cepat...tp dek kerana En Ann nak mkn sayur kobis masak lemak putih ni..maka otomatik aku nye menu berubah...
Ikan goreng sambal
Kobis masak lemak

:: Thank you ::

Thank you...
Thank you Sasa sebab buat sale...

:: Cak!! ::

Hai Aki...hai nenek... Saya sudah butak....
Gigih aku ngan Ann cukur dak kecik ni ari Jumaat aritu...mengambik berkat....memula tu tak brapa konfiden...tp disulam semangat lebih baik parent yg cukur daripada org lain..makanya bertambah semangat lah kiteorg nak cukur si Auf kasi botak....kesian..rambut die yg halus2 comei tu always gugur..so baik botakkan je...untung2 nanti rambut baru lagi lebat dan cute...
Hai..saya upin...eh saya Auf...
Nampaknye begitu sukakan imej terbarunya itu..
Tapi aku pulak yg geli..kalau dukung die kan..kene kepala botak die tu..terasa cam tajam2 lah..euwwww
Punyela banyak toys2 berdekatan..henpon aku jugak yg nak dimainnyer...haiii la budak2 zaman skarang ni...nasib baik tak mintak main komputer lagi..hiks

Sunday, January 2, 2011

:: Pengantin kecik ::

Aisy..nak ikut papa p smayang Jumaat?? Tanya En Ann....maka pukul 11, si Aisy dah siap pakai smart2 nak p mesjid...smangat sungguh budak kecik ni....die sendiri tuka baju melayu ngan pakai samping segala ..aku tukang ejas sikit2 je.....dah mcm pengantin pun ade aku tengok si Aisy ni...yg papa die punye la sempoi.....takpe la Aisy..janji hepi..:D
Amek gamba dlu before p mesjid..
Kene sound ngan papa...ni pengantin mana pulak ni??
Pakai sliper...
Dah mcm penari zapin pun ye ... eh??
Posing sikit...






:: Cuti - Apa Bikin? - Part I ::

Bagus jugak eh..menang bola=cuti..yuhuuuuu...Jadi nak p soping pun tak bapa nak lebat sangat ujung2 tahun ni...makanya sila duduk di rumah dan membuat pekerjaan yang berfaedah...Inilah aktiviti En Ann di hari Jumaat yg penuh keberkatan aritu...Cian...dia tak brapa sihat sebenarnya tp dek kerana pening tengok bunga pagar yg management tak reti2 (woupps) dan tak peduli nak potong tu, die p potong dan siap suruh aku amek gambar katanya bukti die dah tolong buat keje maintenance ...(mcmkan dieorg leh potong maintenance fee tu bang oiii) Aku ngan budak2 mgmt tu mmg dah biasa sangat la buat aduan....heihhh bayar mahal2 sila buat keje la kan?? Aritu, sebelah umah aku ni ..diorg buat keje2 betulkan defect..eh boleh die tinggal simen depan umah org tu dekat2 sminggu..aku memula tu cool lagi..tp sampai ke tahap tak leh nak bukak pintu sebab simen tu dah jadi jamban kucing..aku pun apa lagi..call mgmt...ceramah 2-3 ayat...kejap je ptg tu diorg dtg bersihkan...eh boleh pulak???? aku tunggukan je..kalau diorg tak layan aku p ketuk je umah si Sia yg dok depan umah aku ni (die ni Manager kat mgmt ofis ni lah).. ha takooottt takoottt...mcm ni lah.bila idup berjiran ni kena ade timbangrasa lah .ye dop?? jangan pentingkan diri sendiri..pikir2 jiran tetangga sama...tp kalau kene bayar maintenance fee tetiap bulan...what do u xpect kan?? sila bagi service berpadanan dengan yuran yang dibayar lah btol tak?? fair and square what....jadi renung2 kan dan selamat beramal...(ni apa hal pulak dah jadi cam ceramah profeser izi ni)
Baik2 bang..kang jatuh kang...ehh tinggi sebenonye tembok blakang umah aku nih..
tu baru 2 gamba ....bersamaan tolak RM10 daripada mentenen fee..boley gitu??

Saturday, January 1, 2011

:: Lipatan Sejarah 2010 ::

Ada apa dengan 2011? bagi aku ?? biasa je...pada aku 2010 or 2011, it's just a number...resolusi tetap bersambung dari tahun ke tahun...tapi bagi aku rumusan 2010 untuk hidup aku berakhir dengan agak bergaya....namun banyak lagi muhasabah diri perlu aku lakukan...yg penting sekarang, kena bersedia dengan cabaran dan dugaan yang lebih hebat di tahun baru ini...major problem untuk 2010 kebanyakkannya telah diselesaikan setakat ni...dan di antara beberapa pencapaian (ceh!! geli) untuk tahun ini;
1. Kete idaman-ok la tu..ade gaks lagi idaman yg lain tu... tunggu stabil sikit lagi hehe
2. Bidang kerjaya-naik pangkat kot?
3. Auf- Alhamdulillah, bertambah lagi sorang ahli baru keluarga kiteorg. Pompuan -next! AMIN
4. Bertukar bank - aku rasa pernah ceta pasal betapa aku menyampah berurusan dengan AMBANK kan?? so aku dah berjaya tukar bank untuk property aku..Next-akan tukar bagi semua property juga!!
5. Yang lain2 tak perlu ceta lah... ;) - zip mulut

Tapi ade gaks tak berapa best bagi aku untuk tahun 2011 ni ...sebab??
1. Nursery budak2 akan naik sorang seplo hengget..hurm tp takpe..naik reger ..takpe takpe..lagi lambat la aku amek budak2 hohoh (gelak jahat!!)- tak sampai hati hoke!
2. Reger kueh akan start naik; 5 for RM2 - dasar pemaleh nak buat brekfes!! (terus gugel resipi kuih muih haha)
3. Umur dah bertambah lagi setahun - erk...3 series dahhhhh owh no!!!
3. Yang lain2 tak perlu nak ceta juga...

Apa pun...pahit manis suke duka tetap kita kena lalui...semoga di tahun 2011 ni akan bertambah lagi lah amalan kita semua hendaknya..AMIN...