■Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. hurm yg ni aku tak leh nak komen lebeh...semenjak aku bf ni kena mkn banyak dan ikut waktu (ehem2 alasan!!) so pagi mmg kene brekfes..tak leh miss nanti production susu berkurangan....:)
2. Terlebih makan
■Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
owh harap2nya tak de la sampai terlebih mkn...
3. Perokok
■Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’. Not applicable.Alhamdulillah kebanyakkan orang2 sekeliling yg terdekat adelah tidak merokok
4. Penggunaan gula yang berlebihan
■Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. Owh eh?? tp umah aku mmg tak leh tade gule...tp itu tak bermakna kena amek gule berlebihan....
5. Pencemaran udara
■Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. Hoh ni nak salahkan sapa ni?? nowadays mmg tak leh pecaya sangat dah bersosial di luar...bukan apa tak kena gaya ade yg sedut asap je :D
6. Terlebih tidur
■Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. Terngat aritu aku tengok rancangan "Mata ke hati " prof dr muhaya panggil Datuk Aziz Satar jadi tetamu. masa prof tu tanye apa rahsia awet muda beliau ngan nampak begitu sihat seadanya...beliau jawap " Saya tak amalkan tidur siang/t.hari dari umur 13". Correct me if im wrong....
7. Menutup muka ketika tidur
■Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. Ni nak kene train si Auf..suke ati je kalau tdo tu nak tutup muka...silau agaknyerrr
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
■Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. Owh ni berlaku kat aku hari ni....nak p klinik tak larat so dok je la buat keje kat ofis...patut ah rasa pening...otak menunjukkan signal "sila berehat" rupanya...
9. Kurang berimiginasi
■Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun. Pikir sokmo!!
10. Jarang berfikir
■Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.Baiklah!!
source : facebook
No comments:
Post a Comment