Tertarik dengan artikel ini...Source : Malaysiakini
Isu MC: Jangan cepat salahkan doktor
Sulaiman AkhlakanJan 29, 112:21pm
Sebagai seorang pegawai perubatan senior yang telah lama berkhidmat dalam perkhidmatan kesihatan di Malaysia, saya terpanggil untuk memberikan komen terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia Online bertarikh 27 Januari 2011.
Laporan yang bertajuk "Kesal klinik keluar sijil cuti sakit" mempertikaikan sijil cuti sakit yang telah dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan berdaftar di Pusat Perubatan Keluarga, Jalan Segamat dan Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat.Kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin, yang melahirkan rasa curiga dengan tindak tanduk klinik kerajaan terbabit, dan menyatakan seolah-olah terdapat 'isu dalaman' dalam pengeluaran sijil cuti sakit berkenaan, adalah merupakan kenyataan yang kurang profesional dan kurang teliti, juga boleh menyinggung perasaan, sensitiviti, dan kredibiliti golongan profesional kementeriannya sendiri.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu teliti dan prihatin dengan apa yang berlaku di kementeriannya dan seluruh anggota KKM perlulah dianggap sebagai keluarga kerana mereka semua bertungkus-lumus siang dan malam berbakti kepada masyarakat yang secara tidak langsung akan mengharumkan nama KKM juga. Inilah roh profesionalisme yang seharusnya wujud di dalam sesebuah institusi kerajaan!
Seorang yang bertaraf menteri sewajarnya menyiasat terlebih dahulu sesuatu isu yang berlaku sebelum memberikan komen atau teguran secara terbuka, dan bukannya merendah atau mempertikaikan keupayaan kakitangannya dikhalayak ramai secara melulu.Saya menyatakan demikian berdasarkan penelitian beberapa faktor berikut:
Sijil cuti sakit (MC) yang di keluarkan bermula 6 - 7/1/2011 dan disambung pada 10 - 23/1/2011 adalah sebelum pengumuman calon di PRK Tenang. Pengumuman calon hanya berlaku pada 16/1/2011.
Ini bermakna tidak munasabah seorang pegawai perubatan boleh mengetahui seawal 10/1/2011 bahawa En Maarof bin Mutalib akan terlibat dengan kempen pilihanraya kecil kerana isterinya terpilih sebagai calon. Umum mengetahui hatta seorang ahli politik sendiripun tidak tahu siapa calon pilihanraya kecil sebelum diisytihar pemimpin tertinggi parti.
Sebagai seorang pengamal perubatan berdaftar, kami amat maklum tentang pekeliling Ketua Pengarah KKM mengenai pemberian sijil cuti sakit. Sijil cuti sakit yang diberikan adalah berdasarkan diagnosis yang dibuat, setelah melakukan penyiasatan sejarah pesakit dan pemeriksaan fizikal, mental, dan spiritual yang dirasakan perlu.
Mempersoalkan sijil cuti sakit yang diberikan adalah perkara yang serius yang mempertikaikan kredibiliti dan integriti seseorang pengamal perubatan terbabit, yang perlu dibuktikan dengan bukti dan alasan yang kukuh.
Sijil cuti sakit merupakan dokumen sulit yang tidak seharusnya didedahkan kepada umum. Perbuatan mendedahkan dokumen seperti itu kepada umum merupakan suatu kesalahan.
Perkara ini telah mencabul kehormatan etika kerahsiaan hubungan diantara pesakit dan pengamal perubatan. Mereka sepatutnya boleh diambil tindakan. Persoalannya, bagaimana sijil cuti sakit yang diserahkan kepada seorang pengetua sekolah boleh berada dalam blog?
Apakah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri tidak curiga dengan profesionalisme kakitangan kementeriannya yang mendedahkan penyakit pekerja kepada umum?
Ini adalah sekali lagi pencabulan terhadap hak seseorang individu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Dalam hal ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia perlu bijak dalam mencari punca dan menyelesaikan masalah. Bukan menambahkan lagi kusut persoalan tetapi akhirnya memalukan pihak kementerian sendiri. Oleh itu, saya sangat berharap agar perkara seperti ini harus diselesaikan dengan penuh profesionalisme dan tanggungjawab agar memastikan keutuhan kredibiliti dan integriti kakitangan kesihatan dan perubatan tidak tergugat. Kementerian Kesihatan Malaysia seharusnya sedar bahawa mereka yang menimbulkan isu ini sedang bermain isu politik pada sebuah pilihanraya kecil, maka isu yang tiada kaitan politik seperti ini juga turut dipolitikkan. Tidak sepatutnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia juga tiba-tiba terseret oleh politik murahan hasil dari tulisan di sebuah blog yang tidak diketahui siapa penulisnya, yang hanya inginkan publisiti semata-mata. Akhir sekali, arahan pemindahan seseorang kakitangan kerajaan secara serta merta yang dilakukan oleh majikan dengan alasan berlainan fahaman politik adalah amat dikesalkan dan mencemarkan sistem demokrasi Malaysia di kaca mata dunia, dan bercanggah sama sekali dengan motto Perdana Menteri Malaysia 1Malaysia - "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Pendapat aku secara umumnya....Ada ramai nak jadi juara dalam isu ni..tayah jauh..org2 sekeliling yg mula mempertikaikan isu MC ni pun aku rasa mcm org bodoh...diorg ni sume nak org bekerja bagai nak mati dulu baru MC dianggap SAH kot?? Apa pun malang bagi yg menyalahgunakan MC ni la..tp pada yg betul2 di diagnose dan layak diberi MC sila hormati dan respek sikit ...nanti doktor2 dah tak nak rawat kite kang sapa yg susah?? :D Aku rasa aku perlu amek MEDIC course pulak lah...berenti keje bukak spital...baru kewl!!
No comments:
Post a Comment