Monday, May 6, 2013

:: Warna Warni PRU13 ::

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam Sejahtera ke atas kamu sekalian...
Berakhirlah sudah kewajipan kita semua pada negara tercinta..banyak pahit manis corat coret kenangan sepanjang musim berkempen sampailah ke hari pengundian.. .. Bagi aku sendiri , dengan tidak malu aku mengatakan ini kali pertama aku membuang undi... thanks to SPR Melaka sebab bukak booth kat Zoo Melaka beberapa tahun lalu... Aku pun tak pasti apa motif die bukak kat situ ..tp titik tolak bermulanya aku mendaftar sebagai pengundi adalah bermula di sana...Kemudian tak lama selepas tu aku berbincang dengan Ann..kalau sorang undi ke Johor sorang ke Pahang apa pulak ceritanya nanti...So we have decided untuk tukar alamat ic dan juga alamat tempat pengundian... Alhamdulillah tuhan bukakan pintu hati dan dipermudahkan  segala urusan .. Dulu aku bukanlah celik politik.(now still studyin) ..terus terang..aku tak ambil tahu dan cuba ambik tahu mengenainya... Namun beredarnya masa mematangkan usia...demi anak-anak dan cucu cicit... aku telah berusaha mendalami sedikit sebanyak mengenainya...dari pelbagai method... pengalaman, pembacaan, pendengaran dari situ aku mula membuat analisa... tp aku nak jadi rakyat yang berfikir dan tidak hanya menyokong membuta tuli... eh jangan salah faham ye....tulisan aku ini bukan ditujukan kepada sesiapa jauh lagi untuk menyangkal pendapat saudara/i...anda punya hak yang sama seperti aku juga... ... Anggap saja tulisan ini aku sebagai ingatan buat anak-anak cucu aku nanti...Well, pada 5 Mei aku membuang undi di Sekolah Putra Perdana..bakal sekolah Aisy jugak ni tahun depan... Dalam jam 9 cam tu kitorg sampai Alhamdulillah tidak la begitu ramai sangat... ada la beratur dalam sejam setengah sebelum sampai giliran aku :D Syok juga tengok gelagat orang... Baru itulah aku tau apa itu perayu undi... apa itu suasana meriah mcmkan pesta....di sana kita tengok bermacam bangsa kecik dan besar..tua dan muda...sangat seronok...walaupun dalam hati sedih juga tak macam orang lain dapat pulang ke kampung (2 dalam satu-balik mengundi dan jumpa keluarga).... tapi demi tanggungjawap kepada negara dan negeri yang aku  sayangi... kena lah berkorban kan...Selesai mengundi kitaorg ke Alamanda...punyalah best dengan orang yg tak bersesak-sesak di sana (suasana yang jarang lah dapat dilihat kalau hari-hari biasa)... Mungkin penulisan di beberapa entry yang akan datang ini adalah tidak selari dengan pendapat saudara/i....it's ok....aku paham... Tapi sebagai manusia aku berasakan bahawa kita perlu berkongsi maklumat yang kita ada....sometimes...it could be pain..it could be joy....but whatever it is...this is our country...this is still MALAYSIA...ok la...sejujurnya aku bangga sebab Selangor masih berjaya dipertahankan....Selagi lagi maaf...ini bukan hendak menyinggung sesiapa...lihat saja penyata/ laporan yang dibentangkan... aku begitu BANGGA dengan cara dan pentadbiran mereka...Biasalah cakap-cakap kosong yang tidak membina...dan paling  parah datangnya dari luar yang tidak memahami dan merasakan pahit manis hidup di bandar dan to be specific SELANGOR...... Owh mungkin anda akan berkata tidak ada kena mengena dengan aku lah... but remember...there is still "ONE DAY".... mungkin tidak untuk sekarang...tp bakal terjadi di masa depan anak-anak kita ...Ok..buat yang memahami terima kasih aku ucapkan...tp yang berbeza pendapat dengan aku...thats ok ! no hurt feeling... ;)Sekian dulu buat kali ini... nanti kita sambung lagi...sebelum tu sila layan gamba-gamba warna warni suasana pilihanrajaya kat tempat aku Sek. Taman Putra Perdana 1. Untuk nota:  Parlimen SEPANG telah dimenangi SAUDARA HANIPAH MAIDIN. salute!!..YB tolong percepatkan jambatan kami tu eh ;) peace yooo!
Casting vote:  Laju je beratur masuk dalam...  beratur bagai nak rak... skali slip tak ambil...nasib baik aku sempat turun pegi ambik kat SPR punya urusetia...walaupun sebenarnya aku dah tahu saluran undi tapi kene ambik slip..takut disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawap ;)
 Ramai juga di saluran lain tu yer...
Pre election: Ini masa aku balik dari kedai sekitar tempat aku...tiba-tiba pulak termasuk dalam konvoi diorg ni... pasrah je la.....walau begitu yg menarik perhatian aku tu ha 2 bijik kereta kat depan tu... Kereta idaman kot... (rujuk pada yg warna merah hehe)
Pre election:  Ini pulak masa kat Putrajaya... terserempak dengan konvoi mereka ni... Ok..nampak bersopan..tidak la terkinja2..tidak bising... langgar lampu isyarat dan sebagainya... cuma mungkin sedikit perlahan...ikut sticker kat belakang kereta masing-masing ... mereka ni dari MERU .. tak berapa familiar dengan Putrajaya barangkali..
Pre election:  Ini pulak disekitar simpang rumah aku  dan juga lagi suasana di Putrajaya... meriah betul rupanya...masa ni aku tak de jumpa pulak konvoi dari BN..cume yg ada di kedai makan sekitar Dengkil...adik2 bermotor yg berpakaian biru tu ade ramai la :)
Casting vote :  Ni masa beratur kat saluran 4...memang kelakar bila depan aku tu ade wanita berpurdah... tetibe Auf menangis bagai nak rak sebab dia takut ... aku ckp takut apa?? die tunjuk takut tuuu >> tunjuk kat minah tu heheh
Casting vote :masa ni aku masuk dulu then baru Ann... nasib baik behave Aisy n Auf sebab takut polis yang jaga tepi pintu tu hehehe Gambar lasst...ok...let the pic do the story...bleh hilang kan?? tapi aku tak undi 2 kali jgn risau... :D
PEACE NO WAR...

No comments: