Wednesday, February 23, 2011
:: Duhai hati ::
Kuatkan semangatmu...jangan terpesong...semoga kuat dan tabah..serta jangan takut untuk berubah...you can make a different..:)
Tuesday, February 15, 2011
:: Koma dari perspektif perubatan ::
Phew..banyak benda yg berlaku lately..tak tercerita rasanya...tp aku cerita yg penting2 je la dulu kot...last week cousin aku eksiden kat Temerloh....teruk jugak dengarnya....tak sempat nak melawat hanya mendoakan dari jauh....tapi Alhamdulillah stakat hari ni aku dengar dah banyak perubahan positif kepada beliau...Syukur..Namun..smalam aku dikejutkan dengan kemalangan ngeri jiran aku kat kampung...Pangkat adik...tp lately kiteorg kerap juga bersembang kat laman chat facebook...so macam satu kejutan pada aku...katanya kereta total lost..die pun skang ni masih lagi koma...pendarahan dan kecederaan dalaman yang sangat teruk...doakan yg terbaik untuk beliau..semoga semangat beliau kuat untuk meneruskan kehidupan...Sebenarnya bila terjadinya kejadian mcm ni membuatkan aku rasa ingin tau lebih lagi mengenai "koma"...sebelum ni ade juga seorang kawan sekerja yang pernah koma (kak sue)..tapi die ckp masa koma die pun tak ingat apa yg terjadi...pulak dah kekekekek....puas jugak aku mencari akhirnya aku jumpa satu artikel menarik ni..jadi kepada tuan punye blog...izinkan saya menyiar kembali artikel saudara yg amat berguna untuk pengetahuan kita semua...Credit to this blog :
http://afifsukri.blogspot.com/2009/07/koma-dari-perspektif-perubatan.html
Selasa, 2009 Julai 28
RE- Published and taken from Afif Sukri's blog.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita Yasmin Ahmad yang koma & meninggal 2 hari kemudian. Sebelum daripada itu, Sultan Kelantan juga berada dalam keadaan koma sehingga hari ini. Manakala yahudi laknatullah Ariel Sharon juga sudah lama koma. Namun apakah itu KOMA? Mari kita merungkai persoalan tentang koma dari perspektif perubatan/saintifik.
Artikel ini diambil daripada majalahsains.com. Penulisnya pula bernama Shamsani Ismail. Ketepatan maklumat dalam artikel ini saya tak dapat pastikan, namun marilah sama-sama kita mengambil ilmu daripada orang yang lebih alim dalam bidang mereka.
Apakah itu koma?
KOMA adalah alam yang dianggap misteri kerana banyak pengalaman mereka yang pernah koma menceritakan pelbagai peristiwa yang berlaku semasa koma. Artikel ini memperincikan punca-punca koma, cara-cara mengatasi dan kereaktifan neuron semasa koma.
Antara kisah koma yang tersebar luas di internet adalah mimpi terakhir Ariel Sharon sebelum koma. Sharon, Perdana Menteri Israel yang dikatakan terlibat secara langsung dengan penyembelihan penduduk-penduduk Islam Palestin di khemah pelarian Shabra dan Syatila di Lubnan pada, telah dibalas di dunia lagi.
Sebuah akhbar Israel yang melaporkan mengenai hari-hari terakhir beliau sebelum koma mengatakan beliau diburu oleh mimpi-mimpi yang sangat mengerikan. Beliau menceritakan kepada setiausaha peribadinya, bahawa beliau melihat dirinya dirinya diikat dan dirantai dalam keadaan bogel lalu diheret di atas sebuah kenderaan yang terbuka dan melalui lorong-lorong di Gaza.
Seminggu terakhir sebelum dikomakan Allah, mimpi-mimpi yang lebih ngeri bertandang. Mimpi ngeri di mana beliau dicampak ke dalam perigi yang dalam sering mengganggu sehingga akhirnya beliau koma.
Wikipedia 27 Feb 2009 menyatakan, pada saat ini Sharon masih lagi berada dalam keadaan koma dan keadaan beliau stabil. Kebolehan kognitif beliau seolah-olah sudah musnah akibat strok dan peluang untuk sembuh sangat rendah sekali.
Itu adalah antara cerita-cerita pesakit koma. Ramai pesakit koma yang telah sembuh mendakwa, walaupun mereka tidak bergerak balas, tetapi mereka berupaya mendengar dengan jelas bicara ahli keluarga dan doktor serta jururawat di sekeliling. Begitu setelah jaga, ada yang memberitahu roh mereka dibawa ke alam lain, melihat perkara-perkara aneh malah merasainya seolah-olah ia benar-benar berlaku.
Menurut Dr Zamzuri Idris, Pakar Bedah Otak dari Jabatan Neurosains, Universiti Sains Malaysia menyatakan koma adalah suatu keadaan di mana pesakit tidak memberi tindakbalas kepada persekitaran dan tiada komunikasi dengan dunia luar. Pesakit kelihatan seperti tidur, tetapi sebenarnya mereka telah melewati keadaan tidak sedarkan diri yang lebih jauh daripada tidur.
“Untuk menguji tahap koma ini, doktor akan memberi sedikit ransangan untuk melihat tindakbalasnya. Jika tiada sebarang respon, doktor akan memberi sedikit kesakitan kepada pesakit. Ada pesakit yang jaga setelah dipanggil. Ada pesakit yang jaga sekejap, kemudian kembali koma. Ada pesakit yang bertindakbalas setelah diberi sedikit kesakitan, malah peringkat koma yang paling teruk adalah pesakit langsung tidak bertindakbalas walaupun setelah diberi ransangan sakit.
Beliau yang telah merawat ramai pesakit dan merupakan penerima Best Service Award 2002, Marquis Who’s Who in The World 2007, 2000 Outstanding Scientists 2008/2009 International Biographical Centre, Cambridge, England menambah, pakar-pakar perubatan mengklasifikasi koma megikut Skala Koma Glasgow berdasarkan pergerakan mata, tangan dan bunyi suara. Setiap pergerakan ini dicatat dan dijumlahkan bagi mengkategorikan pesakit samada koma ringan, sederhana atau teruk.”
Mengikut klasifikasi perubatan, istilah pengsan, keadaan jaga tetapi tidak memberikan tindakbalas (keadaan vegitatif) dan keadaan tidak sedarkan diri yang panjang selain tidur adalah termasuk di dalam kategori koma.
Koma merupakan sebuah istilah umum. Pemeriksaan neurologi seringkali membahagikan koma kepada empat peringkat iaitu peringkat jaga, keadaan tidak bertenaga, keadaan stupor (tidak boleh berfikir atau mendengar) dan koma.
Koma adalah keadaan di mana kepekaan dan tindakbalas yang sangat kurang, tahap paling teruk antara keadaan-keadaan tidak sedar yang lain seperti tidur, pengsan, lali, di mana pesakit tidak memberi tindakbalas kepada rangsangan luar yang diberikan.
Punca - punca Koma
Mengikut Dr Zamzuri lagi, setiap hari di Malaysia, ada sahaja pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat koma. Koma adalah kesan kepada pelbagai sebab, termasuklah kecederaan kepala, strok, penyakit metabolik seperti diabetes, masalah hati dan buah pinggang, sawan, tumor otak dan jangkitan kuman ke dalam otak mahupun ke selaput luar otak.
Kemalangan jalan raya merupakan punca utama koma. Akibat kecederaan otak, bahagian yang mengawal fungsi jaga tidak dapat menjalankan tugasnya. Kategori utama koma adalah mereka yang datang dengan trauma di kepala dan spina yang mengakibatkan otak lebam dan bengkak. Trauma sebegini selalunya disertai dengan kecederaan tisu otak yang teruk dan keretakan tempurung kepala. Kategori kedua pula adalah akibat kerosakan pada pangkal otak di mana pesakit sukar bernafas dan anak matanya mengecil disamping terdapat beberapa tanda-tanda klinikal yang lain.
Bagi pesakit strok, mereka mempunyai salur darah yang tersumbat menyebabkan oksigen dan gula tidak dapat dihantar ke otak. Keputusan bekalan ini menyebabkan otak menjadi ’kebuluran’ dan lama-kelamaan boleh mengakibatkan koma.
Namun, paras gula yang terlalu tinggi seperti pada pesakit diabetes juga boleh mengakibatkan koma. Buah pinggang yang tidak dapat menapis turut menyumbang terjadinya koma. Buah pinggang yang gagal menuras darah dalam badan akan menghantar darah ke seluruh organ bersama-sama dengan toksik yang akhirnya berkumpul menjadi racun.
Bagi kanak-kanak dan orang tua, jangkitan bakteria pada selaput otak iaitu penyakit Meningitis, boleh dirawat dengan memberi mereka antibiotik. Manakala Enkephalitis, iaitu jangkitan virus ke dalam otak bagi orang dewasa boleh dirawat dengan menggunakan antivirus. Namun jika kedua-duanya tidak dirawat, pesakit boleh mendapat koma.
Punca koma yang berbeza menghasilkan peringkat koma yang berbeza. Justeru, rawatan yang berbeza harus diberikan kepada pesakit.
Diagnosis dan Rawatan
Menurut Dr Zamzuri, ” Koma adalah satu situasi kecemasan. Mereka dibawa samada oleh ambulans ataupun ahli keluarga, bukannya perlu beratur di kaunter bersama-sama pesakit luar. Mereka tidak sedarkan diri. Justeru, diagnosis dibuat dengan bertanyakan orang yang menghantar mereka ke hospital. Samada kepalanya berdarah, anak matanya tidak bergerak balas setelah disuluh dengan lampu atau ritma nafasnya bercelaru, semua itu memberi jawapan kepada pakar perubatan untuk menetapkan rawatan terbaik buat mereka.
Adakalanya pembedahan perlu dilakukan segera bagi pesakit yang sudah tenat. Rawatan yang lambat diberikan boleh membawa kepada kematian. Rawatan dan penjagaan yang rapi terhadap pesakit ini boleh memberi mereka peluang untuk hidup kembali. Setelah pulih daripada koma yang panjang, pesakit akan diberi rawatan pemuliharaan pula, seperti terapi pertuturan dan terapi fizikal bagi memulihkan kembali keadaan mereka.
”Namun, menyedihkan jika ada di antara keluarga pesakit yang tidak membawa pesakit ke hospital dengan segera bagi menerima rawatan. Membiarkan pesakit yang dianggap pengsan biasa boleh mengakibatkn komplikasi yang lebih teruk. Pesakit boleh lumpuh selama-lamanya, atau mati, atau terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk bernafas sehingga mereka benar-benar mati. Tindakan membiarkan pesakit sebegini tidak sepatutnya berlaku,” beliau menambah.
RAS - Rahsia di sebalik Koma
Semasa kita dalam keadaan sedar, sel-sel otak iaitu neuron adalah aktif. Ia menghantar signal kepada jiran-jirannya dan wujud interaksi yang sangat banyak. Tetapi semasa koma, sedikit sahaja aktiviti wujud di dalam otak pesakit, kerana sel saraf sedang sakit tetapi terpaksa terus bekerja bagi menghidupkan tuannya.
Misteri koma terjawab dengan menyelongkar ke sebuah ’dinding’ yang memisahkan di antara minda sedar dan bukan sedar, iaitu Sistem Pengaktifan Retikular (RAS).
Apa itu RAS ?
Hidup kita sentiasa didatangi oleh pelbagai imej-imej yang tertangkap oleh retina mata, bauan yang hinggap di hidung, bunyi yang bergetar hingga menusuk ke gegendang telinga dan pelbagai deria lain yang berselirat. Fikirkan apa akan jadi jika kita mengambil peduli tentang semua ini? Nescaya otak haru-biru jadinya – sehelai rambut gugur mencecah bahu, setiap jarum jam beredar, bilah-bilah kipas yang berputar, suara-suara percakapan orang-orang di sekeliling kita, dan segalanya.
Semua perkara tersebut langsung tidak anda endahkan, sehinggalah tiba-tiba sahaja perhatian anda terarah kepada suara ibu yang memanggil nama anda. Anda terus berpaling sebagai tindakan refleks dan menjunjung kepatuhan seorag anak. Di sinilah RAS berfungsi.
Secara anatomi, RAS terdiri daripada sel-sel saraf yang bergumpal padat, mengunjur dari tengah-tengah medula oblongata hingga ke otak tengah. Gumpalan padat ini menjulurkan sehingga 200 billion sel-sel saraf yang terus menyeliputi hampir 70 peratus bahagian otak.
Para saintis percaya, RAS adalah pusat kesedaran dan motivasi kepada mamalia termasuk manusia. Ia memastikan serebral korteks berada di dalam keadaan sedar dan jaga. Sebarang penglihatan, rangsangan dan aktiviti otak boleh meransang RAS untuk mengekalkan kejagaan dan menghasilkan reaksi.
Justeru, apabila maklumat sampai kepada RAS dan sudah melepasi saringan, RAS akan menghantar maklumat tersebut untuk dikendalikan oleh bahagian-bahagian bertanggungjawab samada talamus, korteks serebral ataupun korteks. Daripada sinilah sistem motor, sistem autonomik badan akan bersama-sama meregulasi sistem kardiovaskular, respiratori dan memberi respon motor kepada rangsangan dari luar.
Namun, malang tidak berbau, kecederaan yang teruk di kepala yang melibatkan batang otak, sereral dan korteks akan menghimpit dan merosakkan RAS sehingga ia tidak boleh berfungsi lagi, lalu berlakulah koma.
Apabila koma, kebanyakan fungsi badan sudah tidak berfungsi. Kajian histokimia dan biokimia yang dijalankan oleh Richard D. Chessick, Department of Medicine, University of Chicago, (1953) menyatakan, ” Sedikit sahaja pengetahuan diperolehi tentang mekanisma kimia fizik yang terlibat dalam koma. Secara histokimia, semasa keadaan koma, aktiviti metabolik otak yang menggunakan glukosa dan oksigen berkurangan. Tenaga dan fosfat didapati berkurang, dan prekursor seperti laktat dan keratin meningkat. Kesimpulannya, aktviti fosforilasi biokimia berkurangan semasa pesakit sedang koma.”
Kesimpulannya, koma berlaku akibat kerosakan pada sistem reticular ini yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya, strok, penyakit metabolik dan sebagainya. Setakat ini para saintis sedang giat mencari bukti-bukti yang menunjukkan aktiviti dan tindak balas neuron semasa keadaan ini.
Koma Mati Otak
Banyak kemalangan ngeri mengakibatkan kecederaan teruk kepada mangsa. Otak menjadi rosak dan mati serta tidak dapat dipulihkan lagi. Dalam keadaan ini, jantung pesakit masih berfungsi sekiranya terus dinafaskan oleh mesin.
Ada keluarga yang tidak dapat menerima situasi ini. Melihat insan tersayang bagaikan hidup menanti mati. Bukan sahaja ahli keluarga, jururawat juga dituntut untuk mempunyai sifat sabar yang tinggi kerana menjaga badan yang mati tidak sama dengan menjaga badan yang hidup. Juga tidak ekonomis menjaga mereka dan terus menyeksa jasad, seolah-olah memaksa mereka hidup dengan terus menerus menyambung wayar-wayar berselirat.
Justeru, keadaan mati otak sebegini menimbulkan banyak perbahasan, bukan sahaja daripada sudut perundangan, perubatan malah juga oleh ahli-ahli syarak di negara-negara Islam. Adakah pesakit yang mati otak ini sudah dikira sebagai mati?
Semenjak sepuluh tahun lepas, di negara-negara membangun, pesakit-pesakit mati otak diterima sebagai sebuah kematian. Mereka diresusitasi sebagai penderma organ selagi terdapat permintaan. Namun, bagi keluarga pesakit, ia bukan mudah untuk menerima takdir sebegini walaupun menjadi penderma organ adalah suatu perkara yang baik bagi pandangan kebanyakan agama di dunia.
Pengesahan kematian sebenarnya tidak sukar seperti yang disangkakan. Apabila pesakit tidak mempunyai denyutan jantung dan tidak bernafas lagi, maka beliau dianggap sudah meninggal dunia (Jafri Malin Abdullah, 2006). Stateskop dan EEG adalah alat perubatan yang boleh dipercaya untuk mengesahkannya.
Walaupun begitu, wujud beberapa ’kematian’ yang tidak di dalam bentuk tersebut; iaitu mati otak yang menyebabkan koma berpanjangan.
Doktor akan mendiagnosis kriteria-kriteria mati otak yang terdapat pada pesakit. Beberapa perkara penting yang diperhatikan sebelum sesuatu kes kematian otak ditentukan, adalah:
•Koma – Doktor akan melakukan pemeriksaan gerakan tindak balas spontan terhadap ransangan yang menyakitkan atau tidak menyenangkan. Pesakit yang telah mati otak tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Sekiranya pesakit menunjukkan gerakan, pesakit tersebut tidak boleh diisytiharkan mati otak
•Apnea – Tiada pernafasan secara spontan dan pesakit hanya bernafas dengan bantuan alat pernafasan. Jika alat pernafasan dicabut, pesakit tidak bernafas setelah sepuluh minit.
•Tindak balas pangkal otak – Pangkal otak disahkan telah berfungsi berdasarkan tindak-balas refleks seperti :
•Pupil mata tidak mengecil apabila disuluh dengan cahaya
•Tiada refleks kornea – tiada respon kerlipan mata pada kedua-dua belah mata apabila permukaan kornea disentuh
•Ransangan terhadap saluran udara – Kateter dimasukkan ke dalam mulut merentasi larinks dan trakea. Pesakit yang telah mati otak tidak batuk atau lain-lain tindak balas. (Mohd Ilham Ismail)
Dalam agama Islam, ulama-ulama feqah mengambil sikap berhati-hati dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kematian. Mereka juga meletakkan hukum secara berhati-hati juga, misalnya apa yang dikatakan oleh pengarang kitab Al-Mughni :
“Jika kematian seseorang menimbulkan kesamaran, hendaklah diambil kira tanda-tanda kematian yang terdapat padanya seperti terkulai kaki, terpisah sendi tangan, condong hidung, kendur kulit muka dan dua daun telinga kelihatan menurun ke bawah”
Para fuqaha juga membuat kesimpulan kematian dengan melihat kepada arah mata, berdasarkan hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w :
Dari Ummu Salamah RA bhw Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya roh apabila diambil maka matanya akan menurutinya (memandang ke atas)” (Sohih Muslim)
Dari Shidad “Kiranya kamu menghadiri orang yang mati dari kalangan kamu, tutupilah matanya, kerana matanya mengikuti rohnya (terbuka dan melihat ke atas), serta bercakaplah (di antara kamu) dengan perkara yang baik.(MusnadAhmad)
Berdasarkan hadith ini, mengenalpasti kematian melalui mata adalah suatu tanda yang amat penting bagi menunjukkan samada roh telah berpisah dari jasad atau belum.
Sidang Majma’ Fiqh yang diadakan pada tahun 1968 di Amman, Jordan telah membincangkan secara terperinci berhubung isu mati otak ini. Hasilnya, mereka mengeluarkan fatwa seperti berikut :
” Sesungguhnya seseorang dianggap mati dari sudut syarak dan seluruh urusan kematian boleh dilaksanakan ke atasnya sekiranya terdapat dua tanda;
•Jantung dan pernafasan terhenti dengan sempurna. Doktor telah mengesahkan ia tiada harapan untuk kembali berfungsi.
•Seluruh peranan otak terhenti secara sempurna. Doktor pakar telah membuat analisa lengkap dan mengesahkan ia tiada harapan untuk kembali berfungsi.
Dalam keadaan ini, adalah harus untuk menanggalkan alat bantuan hayat yang digunakan pesakit walaupun terdapat anggota tubuh yang masih berfungsi dengan bantuan alat tersebut. Kesan fatwa ini, maka terbukalah ruang yang luas bagi proses pemindahan organ bagi pesakit-pesakit mati otak lalu bolehlah dijalankan pemindahan di dalam keadaan organ yang masih segar dan sel masih hidup.
Namun, jika otak sahaja yang mati tetapi jantung masih berfungsi dengan sendiri, Islam memandang ini bukan sebagai kematian. Para ulama bersepakat bahawa pesakit masih hidup dan rohnya kekal kerana denyutan jantungnya masih ada. Apatahlagi, menjaga nyawa termasuk dalam objektif utama syarak; wajib menjaga nyawa dengan segala cara. Mati otak sahaja tidak cukup untuk menghukumkan pesakit telah pun meninggal dunia, tetapi ia sedang koma.
Ini berdasarkan beberapa kes sebelum ini di mana pesakit mati otak pulih kembali sehinggalah ia benar-benar mati pada waktunya. Fadilah As-Syeikh Bakr bin Abdulllah Abu Zaid menceritakan;
Sekumpulan doktor memutuskan bahawa seorang pesakit telah mati berikutan kematian batang otak yang dialaminya. Mereka hampir-hampir mengambil sebahagian daripada organ-organ pesakit berkenaan, tetapi warisnya melarang doktor berbuat demikian. Dengan takdir Allah, beliau hidup balik selepas itu sehinggalah ke tarikh dia meninggal dunia dalam erti kata yang sebenar.
Ada juga kes di mana terdapat bayi yang lahir tanpa otak, namun ia dapat hidup selama sepuluh tahun dalam keadaan tersebut.
Kesimpulannya, mati itu pasti dan mempunyai tanda-tandanya. Namun terdapat beberapa kes kematian yang samar yang mana perlu diselidiki dengan cermat oleh pakar-pakar perubatan untuk mengesahkan samada ia hidup atau mati. Mati otak adalah sebahagian daripada punca yang mengakibatkan koma, dan pesakit koma bukanlah mati. Mereka masih hidup dalam keadaan yang tidak menentu, namun ada hak untuk terus hidup dan mendapat rawatan sewajarnya.
Bagaimana Melayani Pesakit Koma
Bagi doktor yang merawat pesakit koma, soalan yang selalu muncul daripada ahli keluarga pesakit adalah “ Adakah ia akan sedar kembali?”, “Adakah ia akan hidup?” dan “Adakah ia tidak perlu bergantung kepada orang lain jika ia sedar nanti?”
Soalan-soalan sebegini amat sukar untuk dijawab. Ada pesakit yang sembuh selepas beberapa hari, beberapa minggu, beberapa tahun, malah ada yang koma dalam beberapa jam sahaja. Namun, pakar-pakar perubatan tidak pernah berhenti berusaha untuk melihat pesakit tersebut sembuh semula dan dapat kembali normal seperti sediakala.
Sepanjang menghadapi saat-saat genting begini, sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan sangat membantu. Pesakit sudah tidak berdaya dan mereka memerlukan rawatan istimewa dan sokonganyang padu. Di sini adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan jika berada di dalam situasi ini;
•Bercakap dengan pesakit dengan nada suara yang biasa. Anda tidak perlu mengeraskan suara. Pesakit mungkin mendengar suara anda, walaupun mereka tidak memberi respon. Bicarakan dengan mereka perkara-perkara biasa yang selalu ia lalui sebelum itu. Tentang masa, tentang keluarga, dan kisah-kisah manis yang pernah dikongsi bersama.
•Sentuh dan belai mereka. Sentuhan anda tidak akan menyakitkan mereka. Anda boleh membantu jururawat menggosok belakang badan pesakit sambil anda berbiara dengannya. Sentuhan ini akan lebih meransang sarafnya untuk kembali aktif.
•Pasangkan muzik yang pesakit suka dengar dan mendamaikan, atau bacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Lantunan irama berupaya menggetarkan mindanya, dan mungkin sangat membantu.
•Bawa bersama-sama anda gambar keluarga dan labelkan nama-nama pada gambar tersebut. Apabila pesakit membuka mata, ia mungkin masih keliru, tetapi gambar ini membantu ia mengingat kembali.
•Anda boleh meransang pesakit dengan menyemburkan wangian yang ia suka di bilik rawatan.
Melakukan banyak rangsangan seperti di atas mungkin boleh membantu. Namun, jika terlalu kerap, pesakit mungkin tidak dapat mengenalpasti dengan baik. Terlebih ransangan bleh menyebabkan pesakit letih, dan mula bernafas dengan pantas. Jika ini berlaku, anda boleh meninggalkan bilik pesakit dan biarkan ia berehat seketika.

Thursday, February 10, 2011
:: Sabarlah hati ::
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)
Wednesday, February 9, 2011
:: Sedey sob sob ::
Hachiko: A Dog's story
Synopsis cerita...
Professor Parker Wilson discovers a lost Akita puppy on his way home from work, before long it becomes part the Wilson family and grows to be a loyal companion
In real life...
Hachi, the Loyal Akita, waited 9 years for his master, Professor Ueno, who had died at work one day. Every day at the train station the loyal Hachiko waited...and waited...and waited. Hachi was so loyal to to the Professor, he has a statue at the exact place he waited, so in a way...Hachiko is still waiting...forever and ever
u guys dah tengok ceta ni tak?? Aku baru tengok ceta ni dan sedey gile hoke!!! actually it was based on a real story. aku ni manjang kalau tengok ceta mestinye jarang dapat tgk in full..aku tengok ceta ni pun dah 10 minute lepas ceta start..tp masih boleh difahami lah jalan ceritanya...Ceta dia pasal sekor anjing yg sangat setia pada tuannya...tiap2 hari die akan hantar dan ambik tuan dia kat stesen ketapi......tapi one morning ble tuan die ajak pegi stesen ketapi macam biasa...die cam refuse nak ikut...die cam tak bagi tuan die pegi keje (tuan die profesor)..die amek bola ajak tuan die main....sedang profesor tu mengajar...die kene strok then mati...tp anjing die masih menunggu tepat kol 5...sampai ke malam...hari berganti hari..tahun berganti tahun musim berganti musim...eventho anak profesor tu amek die dan pindah tempat lain..die akan berlari semula dan tunggu depan pintu stesen ketapi tu...sangat setia ujan ke saljii ke ...semua org tau yg profesor tu dah mati dan cube bagitau anjing tu tp die still nak tunggu jugak....dan akhirnya setelah hampir 10 tahun menunggu..anjing tu mati kat depan stesen ketapi tu...dan sebuah tugu peringatan dibina untuk sebagai penghormatan kepada Hachi di Jepun... uwaaa sedey....nkorang pegi la tengok ceta ni .. mmg best gile!!

Tuesday, February 8, 2011
Sunday, February 6, 2011
Tuesday, February 1, 2011
:: OMG..Terujaaaaa u owls ::
Dah berzaman tori aku tak bukak email sebenonyer...tetibe aku nampak email ni. Auwwww aii dapat email dari Datuk Seri Najib u owlssss ...terima kasih daun keladi lenkali anto lagi walopon aku agak semua yg ade akaun yahoo pun dapat auto greet cam ni jugak kan kan kan?? ...ahh tak kisah la....aku just nak akhiri dengan ucapan (ok aku tpu..soalan) "arga minyak agak2nye bleh turun ke bulan depan?" hihihi...
Subscribe to:
Posts (Atom)