Wednesday, July 27, 2011

:: Hi Friends ::

Rindu u owls....

Monday, July 18, 2011

:: My first haircut ::

Bilif it or not Auf tak menangis sikit pun time potong rambut..





Thursday, July 7, 2011

:: Kalau betul caranya ::

Kalau betul caranya...Allah permudahkan segalanya...
JIKA golongan wanita bersubang, bergelang dan memakai rantai emas dihiasi
intan berlian, Sham Kamikaze, 35, pun apa kurangnya. Perhiasannya penuh
satu kotak. Di pentas pula bergaya dengan kemeja-T gambar tengkorak dan
kehebatannya memetik gitar menjadi pujaan ramai gadis.

Namun apabila hidayah tiba, Sham atau nama penuhnya Shamril Mohamed Salleh
dengan rela hati sanggup meninggalkan semua itu. Segala-galanya datang
tanpa dirancang.
Hampir dua bulan lalu, Sham mengajak rakannya memandu hala ke utara tanah
air sambil berazam untuk berhenti solat setiap waktu di masjid yang mereka
temui.

Dalam perjalanan itu ketika bersolat di Masjid Alwi, Kangar, Perlis, dia
terserempak dengan Imam Satu, Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As
Sudais dan bersalam dengannya.
Sedangkan mereka yang mengerjakan umrah atau haji di Makkah pun susah
hendak bertemunya, apatah lagi untuk berjabat tangannya.

Sesungguhnya pertemuan yang tidak disangka itu meniupkan angin perubahan
pada dirinya, langsung Sham meninggalkan segala perkara yang menjadi
kebanggaannya di dunia selama ini.

Dengan wajah berseri dan perkataan syukur tidak lekang di bibir, Sham
menceritakan segala yang dirasainya kini kepada wartawan SELEBRITI, NOR
AKMAR SAMUDIN.
ZAMAN jahil saya dulu, hendak solat pun terasa berat kaki tangan. Kalau
‘buat’ pun mesti lambat. Sudah dekat hampir masuk waktu Asar, baru saya
solat Zuhur dan sebaik habis, berkumandang pula azan Asar.

Dalam hati merungut, ‘alamak, baru solat Zuhur, dah nak solat Asar pula?’
Kadangkala bila dengar azan pun masih buat tak tahu. Rasa macam tak ada
makna apa-apa.
Namun sejak mendapat hidayah Allah SWT, rasa tak sabar menunggu azan. Saya
bersiap awal ke masjid sebelum kedengaran azan. Terasa damainya hati
apabila kita ikhlas beribadah kerana-Nya.
Saya memanjatkan kesyukuran tidak terhingga kepada Ilahi kerana memberikan
hidayah pada usia masih muda dan mendapat petunjuk dalam keadaan saya
masih sihat dan senang.

Kebanyakan yang kita dengar, ada yang baru sedar apabila dihimpit
kesusahan. Daripada pengalaman saya, jika Allah SWT hendak memberi
petunjuk, Dia tidak kira siapa, di mana dan berapa usianya.
Kalau diingatkan zaman jahil dulu, apa yang saya tak buat. Orang muda yang
ingin mencuba segala-galanya. Kalau bab berfesyen, usah ceritalah.
Aksesori saya mengalahkan wanita, saya pakai anting-anting, gelang dan
rantai.

Bukan anting-anting biasa, tetapi anting-anting berlian yang harganya
mencecah ribuan ringgit. Siap ada tempat khas untuk menyimpan semua
perhiasan itu.
Dalam bab berpakaian pula, terutama kalau buat show, kemeja-T bergambar
tengkorak menjadi pilihan. Agaknya orang alim yang tengok saya pakai baju
itu mengucap sakan dan berdoa semoga saya berubah.
Bila solat Jumaat, saya tanggalkan anting-anting tetapi saya melakukannya
bukan kerana Allah SWT tetapi kerana malu pada orang. Sekarang saya suruh
isteri (Farazali Abdul Jabar, 29) beri perhiasan itu pada orang tanpa
sedikit pun rasa rugi. Bukan tak tahu orang lelaki haram memakai barang
kemas, tetapi waktu itu manalah saya kisah.

Dengan perubahan ini, saya mahu menjalani kehidupan seharian dengan
mencontohi cara hidup Rasulullah SAW. Sabda baginda: “Hidupkan aku dalam
keadaan fakir dan matikan aku dalam keadaan fakir.” Namun bukan pula kita
tidak boleh mencari harta, namun harta diperoleh itu hendaklah digunakan
pada jalan benar, seperti bersedekah.
Saya sangat bersyukur kerana sejak menceburi bidang seni, rezeki saya
tidak pernah putus. Tak perlu saya cari kerja, duduk di rumah saja menanti
panggilan telefon. Saya sudah puas merasai nikmat dunia dan tiba masa saya
hidup dalam keadaan sederhana.

Bagaimanapun, sejak dulu saya tidak masalah untuk bersedekah kerana ia
diajar emak ayah dan saya suka buat kerja kebajikan. Dalam banyak amalan,
bersedekah adalah yang paling senang di mana kita senyum pada orang pun,
sudah dikira sedekah. Hebatnya amalan bersedekah ini.
Orang paling gembira bila saya berubah adalah isteri dan emak saya. Isteri
saya kata: ‘Syukur, Allah SWT sudah makbulkan doa saya’. Isteri saya dulu
penyanyi latar dan dia dapat hidayah lebih awal. Setiap waktu dia
mengingatkan saya untuk bersolat dan jawapan yang selalu saya bagi,
‘nantilah dulu’.

Bayangkan betapa sukarnya seorang isteri untuk membimbing suaminya kerana
dia ketua keluarga. Kalau cakap lebih-lebih nanti, takut suami naik angin.
Hikmah lain, kawan saya bertambah ramai. Tak kira apapun bangsa kawan
saya, mereka gembira dengan cara hidup saya sekarang.
Kalau dulu di Facebook, ada lebih kurang 5,000 peminat, sekarang hampir
12,000 orang. Ada yang kata, dia mula minat saya sejak saya berubah. Ada
ramai orang baik di luar sana yang mahu mendalami dan mendekati Islam.

Pun begitu, pada awal perubahan itu, dugaan paling hebat apabila hendak
bangun solat Subuh. Terasa beratnya kelopak mata kerana saya selalu
berjaga hingga jam dua tiga pagi. Sekarang, loceng jam belum berbunyi,
saya dah terjaga.
Mula-mula itu sakit kepala dibuatnya kerana tak cukup tidur, tetapi
sekarang dah biasa. Hidayah itu tidak boleh dicari tetapi ia datang
sendiri.
Kini, apapun yang saya lakukan kerana Allah SWT. Saya mula bermain muzik
pada 1993 dan sekarang saya lebih suka bekerja di belakang tabir. Tiada
lagi terkinja-kinja di pentas. Melangkah saja ke persembahan pentas atau
konsert, dosa sudah menunggu kerana melihat aurat wanita tidak bertudung
dan berpakaian seksi.

Dulu, kalau saya memandu di sekitar Jalan Bukit Bintang, mata meliar
memerhatikan wanita pelbagai bangsa yang lalu-lalang. Berjalan dengan
isteri, tangan kiri menggenggam erat tangannya tetapi mata masih menjeling
gadis di seberang sana.
Sekarang isteri saya senang hati melepaskan saya pergi ke manapun.
Cukuplah, zaman itu sudah berlalu. Setiap orang pasti melakukan kesilapan
dan moga Allah SWT mengampunkan dosa saya.
Bagaimanapun, yang mana projek dipersetujui sebelum saya berubah, saya
akan selesaikan. Malam tadi saya muncul di konsert mingguan Akademi
Fantasia 9 sebagai juri kerana janji yang dibuat sudah lama.

Saya masih bermain muzik, namun cukuplah di belakang tabir dan sedia
bekerjasama dengan mana-mana kumpulan nasyid di negara ini. Jika mereka
mengadakan persembahan bercorak Islamik, saya sudi bekerjasama.
Saya memakai ketayap atau bersongkok serta berjubah, bukan untuk
menunjuk-nunjuk pada orang tetapi sebagai peringatan buat diri sendiri.

Mengingatkan ketayap di kepala sekali gus menghalang saya untuk melakukan
perkara tidak baik. Jalan pun lebih banyak tunduk untuk menjaga pandangan.
Melihatkan jubah putih tersarung di badan menyekat langkah saya kembali ke
jalan lama.
Saya betul-betul bertaubat dan mudah-mudahan Allah SWT tetapkan hati saya
berada di jalan yang ditetapkan-Nya sehingga ke akhir hayat saya.

Doa saya setiap hari: “Ya Allah, jangan kau bolak-balikkan hati ku selepas
Engkau berikan hidayah.” Untuk menambah ilmu agama yang masih cetek, saya
pergi kuliah agama, mendengar ceramah, membaca buku, kitab, mendalami
al-Quran dan memahami tafsirannya. Saya pun tidak mahu berubah secara
ekstrem, biarlah perlahan-lahan.
Ada yang panggil saya berceramah tetapi ilmu yang ada belum sampai ke
tahap itu. Kalau hendak bercerita macam mana saya mendapat hidayah, itu
boleh. Sabda Rasulullah SAW: “Manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali
orang yang beriman.” Menurut seorang ustaz, kalau kita mahu menambah
ibadah, tengoklah ahli ibadah yang hebat. Namun dalam bab urusan dunia,
tengoklah orang yang lebih teruk daripada kita supaya kita menjadi lebih
baik daripadanya.

Dalam dunia ini, perkara paling berat yang manusia hendak buat ialah
beriman dengan qada dan qadar. Kita kena percaya, semua perkara terjadi
atas izin-Nya.
Waktu baru berubah, depan isteri dan seorang pelajar saya, tiba-tiba gitar
kesayangan saya terjatuh. Mereka terdiam kerana takut saya naik hantu
kerana dulu kalau barang kesayangan saya rosak atau hilang, siaplah,
berasap satu badan.
Namun kali ini dengan tenang saya mengangkat gitar tanpa rasa marah kerana
saya anggap ia qada dan qadar daripada Allah SWT. Dah jatuh, saya hendak
buat macam mana. Semua perkara terjadi atas kehendak-Nya.

Kita sudah rasai semua nikmat dunia tetapi kita tak ingat Tuhan. Hidup
saya sekarang sangat bermakna kerana dapat mendekati Allah SWT.
Sebagai hamba-Nya yang serba kekurangan, kita mesti tamak mencari pahala
Allah SWT, bukan mengutamakan harta dunia. Kalau Rasulullah SAW yang
maksum itu bertaubat 70 kali sehari, siapalah kita hamba yang hina ini.
Takut dan gerunlah dengan azab Allah, insya-Allah kita akan selamat.
Selalu minta pada-Nya, hendaklah kita mati dalam Islam, dalam keadaan
berwuduk dan dapat mengucap dua kalimah syahadah.

Firman Allah SAW, “Dan kamu tidak mampu menempuh jalan itu kecuali
dikehendaki Allah.”

“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan Allah
ialah yang paling bertaqwa.”

Sunday, July 3, 2011

:: HambaMu ::

Friday, July 1, 2011

:: Matta Band - Ketahuan ::

:: Dadali - Disaat Aku Mencintaimu ::


Biarkan lagu berkata-kata...

:: Not feeling well ::

saya ....migrain...selsema...demam ...tak sihat...

sekian