Saturday, December 12, 2009

:: Selangkah ke alam 30-an ::

Kepada semua2 yg wish birthday to me..thanks a lot...u r the best!!! to my beloved parent- mama & aboh..pagi2 lagi dah call aku ucap besdey...thank u .. love u... to my beloved husband..i dont want anything else but YOU...to my son Aisy....thanks for bunga kertas utk ibu..eventho bunga kertas tp pengertiannya lebih dari itu..to frens out there...thank u...dan yg menghantarkan ucapan2 dan bingkisan ..thank u..

Selamat hari lahir. Tiada hadiah dari aku, dan ucapan ni pun dah lambat ...Maaf yer..
“Semoga Allah melimpahkan kurniaNya, dan ditambahi serta digandakan di dunia dan di akhirat. Segala kebaikan itu semoga dikekalkan untukmu. Ditambahi keberkatan sebagai ibu dan isteri. Serta sentiasa ditarbiah dengan pengertian-pengertian hidup dalam sudut yang lebih terang. Demi Allah, aku lebih menginginkan kebaikan buatmu melebihi diri sendiri, lantaran itu aku lambatkan ucapanku. Kerana aku ingin memberi ruang dan kemuliaan yang lebih kepada orang lain(org yang sepatutnya). Aku tidak mahu mereka menjadi orang kedua atau ketiga dalam mengucapkan selamat buat engkau. Dan sesungguhnya aku tidak lalai dalam perkara ini, cuma aku tidak mahu merampas keutamaan tersebut. Lalu aku memilih untuk menjadi orang yang paling akhir mengucapkannya.
Wahai mimie sahabatku, senyumlah. Dan lihatlah dunia yang luas ini. Sesungguhnya semua itu Allah telah janjikan buatmu. Maka sibukkanlah diri untuk agamaNya, dan Allah akan melapangkan bagimu apa yang disempitkan bagi mereka yang lain. Condongkanlah hatimu kepadaNya, semoga ia menjadi penyeri taman-tamanmu sesudah dunia yang sementara ini. Dan maniskanlah sedekah kepada yang fakir, kerana dengannya hati-hati manusia menjadi lembut.”
Mimie, tiada hadiah buatmu. Dan sesungguhnya ...Cuma ada satu hadiah yang aku nak bagi pada kau. Hadiah itu adalah diri aku sendiri. Tapi sayangnya aku telah menghadiahkannya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya Allah itu lebih Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya. Dan yang tinggal untukmu adalah doa-doa dari aku. Semoga ianya memadai. Semoga ianya lebih bermenafaat buatmu berbanding jasadku.
Dan doaku hanyalah satu. Semoga hidupmu berkat, pergimu dengan kesudahan yang baik, barzah itu adalah salah satu dari taman-taman syurga buatmu, mahsar itu teduh, hisab itu pula ringan buatmu, siratul mustakim itu benar-benar lurus dan luas, tidak berbukit-bukit dan tidak sempit serta licin dan payah. Dan akhir sekali,
“Demi Allah, sesungguhnya engkau adalah wanita yang menjaga kehormatan diri. Yang menjaga Hak-Hak Allah. Yang melindungi aurat diri dan walinya, aurat diri dan suaminya. Maka Engkau bukakanlah yaa Allah kesemua pintu-pintu Syurga itu buatnya. Agar dia bisa masuk mengikut yang mana ia sukai. Dan kekalkanlah dia didalamnya,”

7 comments:

siput^sedut said...

I want to cry, but no tears, I want to laugh, but no sound, I want to go, but my feet stick to the floor. Let me someting and maybe you'll love to hear. Full your hearts with love and forgiveness. Because it will stain the world more beautiful

siput^sedut said...

I want to cry, but no tears, I want to laugh, but no sound, I want to go, but my feet stick to the floor. Let me say someting and maybe you'll love to hear. Full your hearts with love and forgiveness. Because it will stain the world more beautiful

siput^sedut said...

huikk? salah laa pulok hehee

lia said...

Mimie...tiada juga hadiah dr ku cuma ucapan tulus ikhlas yg bhwasanya kita serupa... 30 tahun maaa... hehehe

:: Princess Violet :: said...

lia.......thanks a lot for wishes...sama la kite ek :D

anna said...

hepi belated besday...dah nak masuk 30dah tahun depan.owh tidak!!!!!!!

:: Princess Violet :: said...

ana.. owh no too!!