Sunday, March 14, 2010
:: Urut Free ::
Saja selak2 surat khabar ari ni, tertarik pulak aku dengan segmen "Jurnal" dalam Kosmo berkenaan "Unit Rawatan Tradisional dan Komplimentari" (TCM) di Hosp. Putrajaya. Unit ini ditubuhkan pada Mac 2008 menawarkan perkhidmatan urutan tradisional, rawatan lepas bersalin, rawatan herba dan akupuntur. Wahhh menariknyer... Aku mula dah jadi serba salah ni..nak bersalin kat An Nur ker...kat Hosp Putrajaya lagi ( buku merah lom bukak) :d..Melalui pengalaman pertama aku rasa Hosp. Putrajaya punya service pun not bad...Tade la cikai sangat..nurse ok..Doktor ok..Ok sambung balik kisah unit TCM ni tadi, menurut Makcik Puziah (menurut Kosmo ni, dia tukang urut kat situ lah) beliau turut memberi perkhidmatan urut kepada pesakit strok, sakit belakang, urat tersimpul bla bla...wahh wahhh baru ni aku tau oke... agak jakun la jugak... Yang paling best... kalau bersalin kat Hosp. Putarajaya, secara eksklusif nya kita leh dpt berurut (pekej tradisional sume lah)secara free selama 6 sessi secara percuma okeiiii... kewl ek?? Owh ya...extra info pasal TCM ni.. nak p sana kene ade temujanji la yer...kang tak pasal2 kene tunggu sampai ke malam plaks..lagi elok kalau ade referral doktor..ha cepat sikit leh berurut kot?? lepas tu keutamaan diberi kepada pesakit2 kronik cth strok, kanser etc..... Eiii buntu buntuuu mana nak bersalin ni karang....Dilemma antara Doktor Kham...ngan Doktor Putrajaya :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Cam best jer me ek....Bley try tuh...Hehehe!
Post a Comment