Sebenarnya aku sendiri pun belum bace habis jawapan ustaz kepada persoalan di bawah ni..tp nak komen banyak pasal jiran ni pun tak best jugak, pasal kalau boleh kite ni nak berjiran lama...tp pada aku satu jerr...org buat baik ngan kita....kita pun berbuat baiklah ngan org jugak....biorr ade give n take...dlu aku ade la jugak mengalami situasi cam ni (masa tu baru2 pindah dan aku adelah yg paling muda dok di area tu...)....lagi pulak ramai yg tak bekerja...kebanyakkannye suri2 rumah ..laki diorg dah kaya dah ;) .....ingat lagi masa brg2 aku baru sampai ...byk gaks la soklan2 kalah soklan parlimen dah..."eh..mie...bli katil kat ne?? brapa?? king ke queen ke?? tilam tu skali ke pekej ke?? tebal ke tak?? lampu bli kat ne?? bla bla"....mak oii...memula cam euwwww tp lama2 kite paham sendiri dah memang cam tu perangai dia..then let it be la......lagi satu jenis yg kalau nko balek keje nko memang akan melintas hormat depan2 diorg yg akan bersidai tepi jalan nak masok ke rumah nko....lebih hebat lagi ble ade tol ajak nko join skali borak...tp slowly kite bagi alasan..penat ke ade keje ke bla bla..lama2 diorg pun leh paham...tp sampai ke hari ni..jiran2 aku still the best...kalau nko nak tinggai rumah tayah suruh pun diorg akan tengokkan..."eh mie..smalam org nak amek sampah...tp die cam tak leh bukak pintu tempat sampah tu, kete parking dekat sangat"..masa tu aku balek Johor hoke...tengok prihatin tak prihatin la jiran aku... pehtu ... "mie...arini ujan lebat tau...angin kuat..balek kang cube check master bedroom kot2 bocor ke apa..mana la tau atap teralih ke apa ke"...ha..!! see??? prihatin kan?? tp yg jenis mengintai2 tu still ade gaks lagi..nak2 skang ni jiran sebelah umah aku plaks tengah renovate umah dia...pagar lom sampai lak tu..ptg2 agak2 nak maghrib kang ade la yg mengintai2...."oooo beli kat IKEA"...hihihi.. kelaka pun ade..tp layankan je la...lg pulak aku semenjak tak main kutu ngan dorang ni dah kurang la diorg nak bertandang2 sangat.....tp kami masih lagi mengamalkan kongsi2 serai ke...kari ke pandan ke lengkuas ke halia ke....dan diorg masih tak lupe anto2 makanan kat aku...kewl!! Eh tibe2 terpanjang plaks entry aku..apa kata nkorang bace je email yg aku dapat hari ni...yg kelakar tu care ustaz tu jawap ekkeke... Credits to kak Sinar sebab share email ni..
MENGINTAI-INTAI (MENCURI PANDANG) KE DALAM RUMAH JIRAN TANPA KEIZINAN
Soalan asal dari Rakan Soal Jawab Agama & Artikel Dakwah ( Special Asset Management Dept.)
Salam Ustaz sham... Sorry ye.. sebab saya masih kekalkan gelaran ustaz ni...dah terbiasalah, susah nak tukar... walaupun hari tu ustaz dah bgtahu x layak untuk dipanggil dengan gelaran ni..pedulikan dgn pandangan org lain...kami semua ttp menghargai sumbangan ustaz sejak dari dulu..hinggalah skrg...teruskan perjuangan anda. Macam ni sebenarnya ....x tahulah kalau2 soalan saya ni ada berhubung kait dengan agama atau pun tidak. Saya tinggal di satu kawasan perumahan yang majoriti penduduknya adalah melayu..apa yang menjadi masalah saya ialah jiran2 disini suka sangat mengambil tahu hal rumahtangga jiran2 yang lain, maksud saya (jiran wanita / suri rumah) & bila mereka berjalan di depan rumah saya, mereka suka sangat berhenti di depan pintu pagar & suka menjenguk kami yang berada di dalam rumah x kiralah samada pintu rumah terbuka atau pun tidak. Kadang2 saya & keluarga rimas memikirkan perkara ni...rasanya ustaz faham...dah lah duduk dalam rumah sendiri tapi x ada kebebasan peribadi..semua perkara yang keluarga kami lakukan...semua mereka nak tahu...tapi saya x nafikan yang mereka ni semuanya baik..senang kalau nak mintak tolong atas sesuatu perkara. Apa yang patut saya buat????, ada sekali tu.. kami baru je beli perabut baru..belum sempat pun pemandu lori tu menurunkan Sofa yang kami beli dari atas lori...dah beratur2 jiran yang datang menanyakan itu & ini..beli kat mana, brp harga, cash ke hutang & sebagainya, itu saya x kisah sgtlah..memang perangai mereka (selalunya suri rumah lah), yang PALING membengangkan saya & keluarga ialah sikap mereka yang suka mengintai ke dalam rumah melalui pintu utama...apa jua yang keluarga lakukan..semua mereka nak tengok, samada tgh makan ke, tengah tgk tv ke, tengah berehat ke, tengah lipat baju ke atau macam2 lagilah. Bingunglah saya ustaz...nak marah memang lah kami semua marah sbb menggangu kehidupan peribadi tetapi dlm masa sama terfikirkan juga kebaikan yang pernah mereka lakukan kepada keluarga kami...harap dapat ustaz sham berikan sedikit pandangan dari segi pandangan Islam terhadap perangai jiran saya ni. t..kasih..& sorry sbb soalan yang agak panjang..nak suruh ustaz faham je.. Semoga2 saya dapat sedikit pemahaman...
Jawapan
Salam pada sahabat yang bertanya. Mesti awak tensionkan dapat jiran2 yang macam ni kan ..semua benda dia nak tengok apa yang kita buat kat dalam rumah....kalaulah kena pada diri saya yang selalu x pakai baju masa kat dalam rumah ni. x tahulah camne....nasib baik saya ni perut boroi..kalau perut saya slim atau berketul-ketul....rasanya dah lama dia orang hantar video clip saya kat Youtube dengan tajuk Ustaz Separuh Bogel...ha ha ha ha ....okay kita berbalik pada definisi jiran pada pandangan Islam. Yang dikatakan jiran kita ialah, 40 buah rumah di depan kita, 40 buah rumah di belakang kita, 40 buah rumah di kiri kita & 40 buah rumah di kanan kita...fuhhh memang ramai jiran kita kan ...adakah kita kenal semuanya atau pun kita memang x nak kenal.....yang sebelah menyebelah rumah kita tu..semua kita dah kenal ke ??? Nasib baiklah rumah awak tu jenis double storey house..... kira jauh sikitlah jiran awak tu sebab kena berdiri kat tepi pagar, macam mana dengan sahabat kita yang tinggal di rumah flat??? Macam Flat Jalan Pekeliling tu...x payah nak intai2....setiap kali jiran lalu depan rumah kita...mesti kena jengok kat dalam rumah kita kan ...sampai kita tidur terbungkam atas sofa dengan air liur basi meleleh pun jiran boleh nampak jugak. SYABAS untuk awak kerana mengutarakan soalan sebegini...saya pun x terfikir apatah lagi untuk menjelaskan pada kawan2 dalam kuliah2 atau artikel2 saya...terima kasih dari saya kerana membangunkan saya dari tidur yang lena. Sebenarnya ada hadis Nabi s.a.w. pasal perkara ni... daripada Sahl bin Sa'ad katanya " Seorang lelaki yang mengintai-intai daripada lubang dinding rumah Nabi Muhammad s.a.w. yang sedang memegang sikat (diperbuat daripada besi) untuk menyikat rambutnya. Apabila baginda tersedar tentang perkara itu, baginda berkata kepada lelaki berkenaan, " sekiranya saya tahu kamu berbuat begitu tadi, saya cucuk mata kamu dengan sikat ini". (hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari rmh). Islam adalah perkara yang menitik beratkan akhlak yang mulia, penting bagi kita menjaga hubungan mesra dikalangan penganutnya. Hak menganggu jiran adalah perkara yang sangat penting, sebab itu Islam mengajar kita satu Sistem iaitu "ISTI'ZAN" yang saya boleh takrifkan sebagai "meminta izin dalam apa jua perkara yang menjadi milik orang lain". Memang soalan awak ada berhubung kait dengan ajaran Islam, berdasarkan hadis di atas, Ibnu Taimiyah mengatakan perbuatan mengintai-intai ke dalam rumah orang lain adalah HARAM, maka dibenarkan untuk tuan rumah menghukumnya dengan cara mencucuk matanya dari dalam rumah, kalau x boleh cucuk mata...baling aje dengan apa jua barangan yang senang di capai..tapi janganlah baling dengan pasu seramik atau Gelas Kristal yang di beli dari Langkawi....kang x pasal2 kita pulak yang menangis..he he he Para Ulamak Fiqah juga mengatakan bahawa mencuri pandang ke dalam rumah orang lain (Jiran) TANPA IZIN dari tuannya adalah dilarang dan hukumnya adalah Haram. Ini dikuatkan dengan hadis sahih dari Rasulullah saw yang direkodkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : " Tidak halal bagi seorang Muslim melihat ke dalam rumah orang lain sehingga ia meminta izin dari tuannya. Sekiranya dilakukan juga maka hukumnya sama dengan memasukinya (haram). Tapi rasanya kita semua setakat hari ni, kalau memjengok ke dalam rumah jiran, rasanya x pernah pun kita memikirkan pasal larangan agama ni ... betul..betul..betul.. (pinjam ayat Upin & Ipin).he he he, sebab kita semua ni dah terbiasa dari kecil sampai lah kita dewasa. Cuba kita tengok di mana-mana aje lah...kalau kita pergi menziarahi ke rumah jiran2 kita sebelum ni...bila masuk ke dalam rumah aje...jiran suruh kita duduk di sofa sementara beliau masuk ke dapur untuk membuat minuman, tapi apa yang kita buat??? Bukan setakat x ikut arahan...siap boleh berjalan2 sekitar ruang tamu...siap pegang tu..pegang ni.. jengok2, jeling2 ke tingkat atas, bukak TV...pas tu siap boleh komen2 lah pulak...eee dia ni beli perabot murah lah...x de kelas lah & sebagainya. Pas tu siap pergi sampai ke dapur lah pulak..komen lagi...eei eeei kenapa dapur kau bersepah ni...dan bermacam2 komen lagilah..kalau nak sebut sampai petang pun x habis lagi. Memang lah kita selalu dengar tuan rumah cakap ayat standard "buatlah macam rumah sendiri ya", tak kan lah dengan keizinan sebegitu membolehkan kita lupa diri & melakukan sewenang2 wenang di rumah jiran kita..lupakah kita terhadap adab-adab kita sebagai TETAMU yang diajarkan oleh Islam (rujuk artikel saya berkenaan adab2 dalam Islam). Ada lagi hadis Nabi saw yang bermaksud : Sahl Bin Sa'ad melaporkan dari Rasulullah saw berkata, " Sesungguhnya disyariatkan Isti'zan (meminta izin untuk masuk rumah) bagi menjaga penglihatan (diriwayatkan oleh Bukhari). Paa umumnya hukum Isti'zan adalah wajib, ini berdasarkan pada hadis di atas. Dalam Al Quran juga telah dinyatakan larangan mengenai perkara ni, dalam Surah An-Nur ayat 27 yang bermaksud : " Jangan kamu masuk ke dalam rumah yang bukan milik kamu sehingga kamu meminta izin dan memberi salam kepada ahlinya. Para Ulamak juga telah bersepakat mengeluarkan hukum dalam keperluan meminta izin ini. Rasionalnya hukum haram dikeluarkan dalam hal ini ialah :- 1) Supaya tidak terpandang aurat orang lain di dalam rumah tersebut. 2) Supaya tiak terpandang keadaan orang yang berada di dalam rumah itu yang boleh memalukannya (cnth. Rumah bersepah & sebagainya), yang mana boleh mengaibkannya. 3) Supaya tidak terpandang apa yang tidak disukai oleh orang yang berada di dalamnya. Imam Al Razi pula berpendapat, alasan HARAM memasuki rumah kepunyaan orang lain (Jiran2) tanpa izin adalah kerana larangan menggunakan harta kepunyaaan jiran tanpa redhanya. Menggunakan barangan tanpa izin adalah seperti merampas miliknya. Oleh kerana merampas hak orang lain adalah haram, maka memasuki rumah kepunyaan orang lain juga adalah Haram. Kalau kita perhatikan masyarakat kita hari ni..memang pelik....bila bagi salam 1 kali je..belum pun sempat jiran kita jawab salam..kita dah bukak pintu pagar sendiri..pas tu terus je meluru masuk ke ruang tamu rumah...x pikir ke pasangan jiran tengah tidur kat ruang tamu ke, baru lepas bersama ke...tengah buat apa ke....paham2 aje lah hujung2 minggu..masa tu lah jiran kita nak bersama dengan pasangan masing2 (macam saya yang selalu sampai rumah pada lewat malam), hari minggu lah masanya nak berehat & sebagainya...kalau ada perkara2 yang betul2 penting okay lah jugak...boleh dimaafkan...ini tidak...datang rumah pagi-pagi sebab cuma nak pinjam suratkhabar....contoh2 macam ni lah yang membuatkan saya rasa nak bagi penendang ke kat jenis2 tetamu macam ni...he he he tapi x selalulah...saya ni sebenarnya okay..tapi kena tengok situasilah.... Akhir sekali, Kewajipan meminta izin adalah merangkumi semua lapisan masyarakat termasuk lah di kalangan mereka yang cacat penglihatan (buta). Mungkin ada yang berkata, orang buta x perlu minta izin kerana dia tidak dapat melihat apa yang berlaku di dalam sesebuah rumah itu.....x betul...x betul..x betul. pandangan sebegitu adalah salah kerana orang yang buta masih lagi dapat mendengar & apabila ia masuk tanpa izin, dia masih dapat mendengar perbualan yang tidak disukai oleh tuan rumah...memang ada pernah terjadi kes rogol dikalangan orang buta yang merogol anak perempuan jirannya, dengan alasan masuk rumah tersebut sebab nak mengajar cara2 nak buat hasil kraftangan..dah lama kes ni, sebab itulah Islam ini indah, ianya mengajar setiap perkara yang merangkumi segala aspek kehidupan kita bermula dari kita diilahirkan sampai lah kita hampir menemui ajal kita.
Harap ada manafaat untuk semua, Wallahu Ta'ala A'lam
Noor Hisham Ismail Setiausaha PERKIWRA / Penasihat Surau Darul Iman
No comments:
Post a Comment