Friday, July 9, 2010

:: Ais = sakit jantung ::

Ok..aku tak majok dah...Jadi skang ni aku nak share sikit ngan nkorang pasal artikel yg aku baru bace tadi ni....pasal hubungan mengenai minum ais ngan sakit jantung...Aku tatau nak credit kat sapa..tp pada yg rasa2 artikel ni milik die...thanks diucapkan kerana berkongsi info yg sangat berguna ini...

Kepada sesiapa yang suka minum AIS (erk mcm tuju kat aku je tuh??), artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan (ooo ek??). Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk (minum ais=gemok...erm??? ) dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang membaca artikel ini dan memberitahu kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!. (Ha..apa lagi..pih share ngan orang lain pulak pihh pihhh...)

*tetibe melecur lidah dek kerana nak memprektikkan minum air paneh..adehhh

No comments: