Ye btol....harapnya belum terlambat...tp aku telah mengubah pikiran aku untuk nak bersalin kat Hospital Putrajaya pulak...dek kerana pengalaman yg best bersalin kat situ dlu.. (tetibe aku jadi terkenal kejap pasal Aisy lah baby paling besar lahir kat situ pada tahun tersebut ahaks!) Agak last minute aku tau, tapi tatau lah kenapa yg sebenonye since mula preggy ni aku mmg kalau boley nak bersalin kat P.jaya cume everytime lalu kat situ tengok kereta parking banyak2 maka aku cam down kejap (lagi pulak memikirkan nak kene p cekap sorang) -Encik Ann sila take note!
Tapi hatiku berbunga kembali dek kerana ofismate telah menceritakan pasal program FPP (Full Paying Patient) kat Hospital Putrajaya, maka tiba-tiba aku macam tak sanggup nak p An Nur (mengada2 kan) ...Dr Khamsiah kat An Nur tu memang best....tp yg tak bestnye ialah org yg nak buat check up tu sangat ramai .... (drpd aku kene tunggu sparuh ari kat situ baik aku p tunggu separuh ari kat P.jaya)
So smalam aku dah call one of the staff kat Putrajaya Hosp. mintak die explain pasal FPP. K.Mahani sangat baik..die bertugas kat bahagian registration......So next Tuesday adelah appointment pertama aku dengan Dr. Hamidah (Specialist O&G) and hopefully she is ok..
Berikut adelah komen yg aku bace kat forum ;
kayang99 wrote:Alhamdullilah ,My wife selamat bersalin pada 21/1/2008 yang lepas di hospital putrajaya . Untuk pengetahuan semua , Hospital Putrajaya sekarang dah ade private wing dia cam HUKM yang mana specialist yang akan handle dari check-up sampailah masa delivery . Skim neh dipanggil , FPP (Full paying patient ) yang mana servis yang diberikan setaraf dengan hospital swasta yang lain . FPP nyer patient akan ditempatkan di Wad Eksekutif dimana husband or family boleh tidur bermalam di dalam bilik . Waktu melawat pulak tak terhad , even my mertua datang ariund pukul 11 malam still boleh masuk . The nurses in putrajaya is very polite and friendly . Saya recommend sesiapa yang nak great servis with great saving .I recommend , try Specialist Dr Hamidah who is nice spoken , and willing to come at 2.00 am and 4.00 am just to check on her patient .
Nota kaki : FPP = Pegi spital gomen tp bayo penuh ...no sabsidi sabsidi...jadi kamu akan dilayan seperti puteri...(heks..bleh pecaya ke ni?? sila pecaya je)- tp walo bersalin kat spital private pun kalau ade komplikesen kamu akan dihanto ke spital gomen gaks kan?? jadi tayah pening kepala...silalah kamu bersalin kat Putrajaya sahaja ye Mimie...
2 comments:
memey, kalau best, bgtau la... so saye sokong memey beranak kat situ... hahaha kawen pun belum kan? sibuk jer :p
hurm stakat ni dah rasa layanan yg sangat best la reen...... so boleh la consider nanti ek ;)
Post a Comment