Aisy dah menginjak ke umur 6 tahun depan......Aku pun berdepan dilema serupa (yuran keterlaluan) bila dah usha 5-6 skolah utk anak aku... dalam pada aku sedikit terbuka mengenai soal pendidikan ni aku sebenarnya cerewet. Salah satunya mungkin dari tekanan sekeliling cth: pengaruh kawan-kawan, persekitaran sekolah dan sebagainya. Betul, since Aisy 2 tahun aku pantau sendiri perkembangan Aisy dalam soal pengenalan dia ke alam persekolahan. Taska yang aku hantar sekarang pada mulanya memang aku cakap terbaik dalam soal pendidikan (Sistem Smart Reader) coz since die day 1 masuk, aku kenal cikgu2 lama dia....tahun berganti tahun cikgu banyak dah berhenti so lately aku dah rasa macam sedikit gusar tentang perkembangan Aisy. Dia memang belajar banyak benda tp macam aku ckp..as a parent kita ada expectation ( penanda aras la lebih kurang). Ann kata aku sedikit keterlaluan dalam set expecation soal perkembangan pendidikan Aisy. Eh betul jugak kadang2 bila fikir balik. Balik sekolah , makan mandi dah kene buat keje sekolah...sampai menangis2 budak tu... aku expect die boleh bacer english paper hokei..sedangkan dia baru 5 tahun...... (padahal die tau buat homework die tp sebab aku ajar terus jadi tak tau) akhirnya aku give up lepas tu Ann la yang mengajar... .tapi aku cam tak suke cara Ann mengajar yg manja2...(aku memang fail nak paham kenapa nak kene treat budak2 manja sangat..owh yess aku memang garang...) >> mungkin pengaruh masa kecik aku...mak aku garang...tp sekurang2nya garang mak aku tu dapat jugak aku habis University kan? Ke sebab pompuan? ke cemana? Dari pembacaan aku - Imam Al Ghazali pun ada berpesan dalam soal pendidikan awal kanak2 ni > kata beliau " Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka, tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak, jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka, suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:- Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otot mereka"..
Tapi walau apa pun, dengan tumbuhnya pusat jagaan kanak2 mcm cendawan lepas hujan dan diorg claim diorg boleh offer itu dan ini kepada anak-anak kita , kita sebagai ibu bapa kena bijak...bijak buat pilihan..tak semestinya Taska mahal,bayar beribu riban hasilnya sama seperti yg kita jangkakan... Kita sendiri kene turut serta dalam soal memantau apa yg diorg ajar kat skolah tu dapat diaplikasikan untuk masa depan mereka....Kata seorang kawan- buat apa nak pikir sampai pecah kepala mana sekolah terbaik nak hantar anak...treat them as their age...Masuk sekolah darjah satu nanti bukannye cikgu tanye dulu die ni sekolah mana?? Tak salah hantar ke Taska pilihan mana pun, sebab pada aku kita sendiri tak boleh nak measure pencapaian TASKA terbaik sebab still terpulang kepada individu iaitu kanak2 itu sendiri.. aii masuk sekolah mahal tak semestinya anak kita darjah 1 dah taraf profesor...Sebagai ibu bapa kena sentiasa positif.. Tapi kalau boleh biarlah anak kita lebihkan agamanya... sebab aku rujuk diri aku sendiri pun slalunya cuai nak duduk mengajar anak aku mengaji consistently. Pakai je Genius Aulad tu jauh (eh jgn jadikan alasan boleh tak<<) dah tentu aku hantar Aisy n Auf pegi sana...tp aku fikir soal keselamatan je la kot dari umah aku ..jauh sgt tak elok anak aku nak bersesak2 dlm van kan hehehe..Sejujurnya aku sendiri sedikit kecewa dengan sistem pendidikan nasional sekarang...tak sama macam kita dulu2... Aku rasa aku stuggle sangat nak dpt 90 utk nak dapatkan A dulu2 sedangkan graf skarang dah byk sgt turunnye...so aku patut heran tak kalau anak aku dpt A?? patut sebab kalau A yg paras2 70 (bagi aku tu dah taraf B-) Entahla aku tak duduk education line tp aku dapat rasakan aku seram dengan masa depan pendidikan anak2 aku... Mudah2an seseorang dapat berbuat sesuatu utk memartabatkan kembali sistem pendidikan sebab itu adalah asas dan melibatkan pewaris pemimpin masa depan negara...Aku pernah diceritakan mengenai ade satu negara tu TASKA adalah dimana professor menghabiskan masa diorg dengan mengajar anak2 kecil sebab dari situlah mulanya terbentuknya asas kehidupan seorang anak .. Kat negara kita korang rasa cemana?? yg baru habis SPM jaga budak2...jadi cikgu sementara...sapa yg pantau?? haish.,.persoalan yang tiada sapa nak jawap kan?? Adil tak kalau aku kata diorg ni kadang2 ambik kesempatan di atas kesempitsan ibu bapa...?? Kebanyakkan tak semua hanya fikirkan keuntungan semata2)...So... fikir2kan....
No comments:
Post a Comment