Thursday, February 26, 2009

:: Fakta mengenai HFMD ::

Ramai sangat org tanya apa benda HFMD ni..aku pun tak pernah ambik tau sampailah Aisy kena..Penyakit kaki, tangan dan mulut ini (HFMD) disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai Coxsakie virus A. Biasanya kanak-kanak yang terkena penyakit ini akan mengalami kesan kemerah-merahan dan kadang-kadang gelembung kecil yang mengandungi cecair pada bahagian tapak tangan, tapak kaki atau pada bahagian lutut, siku atau punggung. Kesan sebegini boleh juga terdapat pada bahagian tubuh lain tetapi selalunya tidak kerap kelihatan. Di samping itu terdapat ulser pada bahagian mulut samada pada lidah, bibir dalam ataupun lelangit mulut.
Biasanya kanak-kanak yang diserang penyakit ini tidak megalami demam yang kuat dan aktif seperti biasa, cuma ulser pada bahagian mulut menyebabkan kanak-kanak ini kurang menyusu atau makan disebabkan sakit apabila terkena sentuhan.
Kesan pada bahagian tangan dan kaki ini akan hilang dalam masa 5 hari ke seminggu. Namun begitu jika terdapat demam yang tinggi, tidak aktif atau tidak mahu menyusu langsung maka perlulah membawa mereka berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Rawatan bagi penyakit ini adalah secara simptomatik sahaja. Ubat demam dan ubat untuk megurangkan sakit ulser mulut biasanya diberi kepada pesakit ini.
Penyakit ini boleh disebarkan melalui sentuhan maka adalah perlu untuk kanak-kanak yang terkena panyakit ini diasingkan daripada kanak-kanak lain sehingga mereka sembuh. Disamping itu penjagaan kebersihan seperti membasuh tangan perlu bagi mengurangkan transmisi penyakit ini.

No comments: