Sunday, July 26, 2009
:: Kisah Penjual Surat Khabar ::
:: Pizza Hut Equine yang hampeh ::
Lepas tu dtg pulak kwn yg die mintak tolong tu mintak maaf kat aku..Kak mintak maaf ye..saya budak baru..saya sebenarnya bukan jaga section sini..saya jaga section sana .. so masa kwn saya mintak tolon gtu saya sibuk...Saya ckp..Look...that was not my problem which section u jaga... saya tau ke awak jaga section mana die jaga section mana?? Yang penting nye the way u treat customer...I must talk to ur manager pasal kalau tidak u all takkan improve service u all...Lepas die mintak maaf die pegi... Aku dah hangin manager die cam takut nak jumpa aku...Rupe2nye manager die pun budak2 lagi...mmg patut la .. Aku lecture manager dia jap...terus die mintak maaf... Yang aku marah sgt diskriminasi..ade ke sebelah aku tu ade satu family iran..masa tu aku dah order makanan about 10 minutes. Tapi diorg p serve family tu dulu....siap dtg 3 4 kali tanye anything else sir bla bla...ingat aku pekak ke... Aku hangin satu badan tengok care2 diorg buat keje..kalau aku manager kat situ sure aku tak amek budak2 yg slow mo .. C'mon la..we pay for your service hoke.. Dah la bayar service charge 3 hengget lebey..plus govt tax sume skali 5 hengget lebey..mak oii.. senang je make money on us tp service cam hampeh!! Sorry ah aku nak pegi PH Equine lagi....in my banned list...U r no 1!!! And BTW aku dah kena banyak kali dah kat PH Equine ni..tp yg smalam tu..will be the last one....Aku rather pegi PH Shah Alam je lepas ni...
Saturday, July 25, 2009
:: Setup "ing" small office ::
Wednesday, July 22, 2009
:: Copyright ::
Thanks for visiting my blog. Tapi aku mintak tolong yang nak copy content kat dalam ni sila tayah copy dari tajuk dia..pasal tajuk tu ade link url blog aku ni.. Kang ramai2 masok runtuh blog akuh...
Terima Kasih di atas kerjasama anda...
Monday, July 20, 2009
:: A day at Zoo Melaka ::
Hari Ahad ... kiteorg p Melaka. Actually Melaka ni byk sgt kenangan.. yg pahit, masam , masin, manis...sume ade kat Melaka..;) But this time a bit different..kiteorg dah bertiga...so untuk memuaskan hati si Aisy yg nak tengok animals..kiteorg bawak die pegi Zoo Melaka. First time dtg sini...tak sangka besar gile hoke..nak tercabut tempurung lutut aku bejalan :D just imagine sedar tak sedar dekat 3 jam kot pusing zoo tu...then si Aisy nampak plaks bas...so sibuk nak naik bas pulak...dah habis pusing jalan kaki...naik plaks bas .. hadoi..layan je lah..:D but to wrap up.. mmg enjoy giler!! Lepas ni defintely kiteorg akan datang lagi...maybe mlm pulak... pasal tike tpun tade la mahal mana compared to Zoo Negara yg sedikit hampeh tu..Zoo Melaka ni baru 7 hengget...kalau Zoo Negara..belas2 hengget...lepas abeh aktiviti kat Zoo tu kiteorg p pusing2 tpt2 kenangan zaman study kat Melaka...Jusco...Klebang...Mahkota Parade...Kotamas (skang dah jadi Melaka Mall), MMU (Alpha level), Kiteorg p balik Bukit Beruang tempat aku dok asrama dulu( dah tade dah...dah jadi taman perumahan)...byk lagi ah...tak tertulis kat sini..:D
On the way ...Aisy dah tak sabar...
Saturday, July 18, 2009
:: Dentist ::
Friday, July 17, 2009
:: Sharing is Caring ::
2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah 4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK . Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK. Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda. 13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL. Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS Gunakanlah formula 7 K 1 Ketaqwaan 2 Kasih sayang 3 Kesetiaan 4 Komunikasi dialogis 5 Keterbukaan 6 Kejujuran 7 Kesabaran
:: Benjol ::
:: Barber Shop ::
Muka tak puas hati jer
:: Sulaiman VS Aisy ::
Wednesday, July 15, 2009
:: Memories ::
Sunday, July 12, 2009
:: Self Treat : New Shoe::
:: Party Durianz ::
Friday, July 10, 2009
:: Dalam rumahtangga... ::
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang."Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH, YANG KURANG
" Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata." Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata." Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "