Tuesday, March 13, 2012

:: Alfatihah buat bidadari syurga-Adik Nurul Nadirah ::


Siapalah aku nak komen lebih2 mengenai kes Allahyarhamah adik Nurul Nadirah Cuma aku berdoa semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh adik kecil yang tidak berdosa ini. Dan aku berdoa semoga penjenayah kejam itu dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal…takpe..korang tak dibakar kat dunia…tp sok2 terbakar kat akhirat…tapi Allah maha pengampun ..bawak2 la bertaubat…Semoga Allah ampunkan dosa2 kalian…tapi apa yang korang buat pada adik kecik tu satu perbuatan yang tidak dapat diterima akal…..Tahun ni Negara kita bakal gempar semula dengan kes2 penculikan kanak2 yang semakin berleluasa….Soalnya kerana apa?? Salah siapa?? Ibu bapa?? Orang-orang sekeliling yang dah tak punya rasa kemanusiaan dan ambil tahu?


Kadang2 aku berfikir juga, jarang aku bertanya nama2 anak jiran2 aku sebenarnya….Ye lah mana aku nak ingat kalau yang depan rumah anak dia 8..tepi 3…depan sikit 6…depan lagi sikit 5…mak oiii…aku harapkan yang diorg ingat nama anak2 aku…kot2 kalau jadi apa2 diorang tau la yg tu adelah anak aku….Tapi nak seribu daya ..tak nak seribu dalihkan?? Lepas ni kena prihatin sikit … umah gated cemana pun kena waspada gaks…


Ok back to the serious business here… Bila dah berlakunya kejadian macam ni, mula lah ada yang ambil kesempatan…contohnya…baru jap tadi…dah heboh pasal penculikan kanak2 kat Puchong…ha kawww..mau tak seriau… dan bukan nak ckp apa..Sometimes kite ni slalu dapat maklumat yang kabur..kat paper2 nasional kite skang ni suke nak cover2 cerita yang betul…smalam aku p kedai mamak kat area umah aku ade sorang uncle cina tu memang aku kenal dia…die dok lepak bace newspaper…aku tengok die tengah bukak page yg eksiden kat genting tu…gile teruk keadaanya…huru hara semer…tp kat paper kite konon2 menjaga sensitiviti semer la….dan aku percaya diorg selalu dpt berita yg lagi detail berbanding kita…(emo kejap)… So anda nilaikanlah sendiri berita kat bawah ni…yang penting marilah kita sama2 menjaga anak masing2….Bukan takat anak je…diri sendiri …suami…isteri… Semoga kita semua dijauhkan dari segala bencana akhir Zaman ini…


Wassalam


Sumber daripada : http://www.harian-metro-online.com/polis-nafi-ada-kes-culik-budak-di-puchong


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata dakwaan berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Puchong dekat sini yang disebarkan melalui Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam adalah palsu.


"PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diuar-uarkan. Terima kasih," kata PDRM dalam laman sosialnya.


Media cetak dan elektronik dan orang awam di sekitar pusat bandar raya pagi semalam gempar dengan dakwaan berlakunya penculikan itu.


SMS yang diedarkan berbunyi, "PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.


"Suspek melarikan seorang bayi berusia setahun di dalam kereta ketika pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) berita benar. Sila sebarkan."- Bernama

No comments: